Powered By Blogger

Saturday, March 23

Ilmiah Bersama










Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Qholiqul Alam (Allah SWT) dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, boleh lah di jadikan sebagai pelajaran Ilmiah serta garis panduan dan Iktibar, bilamana jika ia nya Relevant pada pendapat anda, guna pakai lah kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Mengkaji, Mengaji, Belajar dan Mempelajari se hingga lah ke saat ini. 


Sila lah rujuk dulu kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian. Sebelum di guna pakai.

Mengenai pembayaran zakat, mengapa di perlukan kita membayar zakat?. Firman Allah SWT  :
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Erti yang bermaksud :

"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103


Jadi dengan shahih nya zakat adalah pencuci kerohanian dan Jiwa kita, Penyuci dosa dosa kecil yang kita lakukan. Penghapus bibit bibit penghalang yang kita lakukan yaitu perbuatan kita yang buruk dan tak baik tanpa kita sedari. Tetapi untuk mengeluarkan Wang Ringgit adalah sangat terlalu berat bagi kebanyakan kita. Lebih lebih lagi untuk kebaikan. Kebanyakan 80% dari kita mahu yang percuma sahaja,  Nothing in this World is FREE, even the air you breath you got to Pay.
Boleh,.... jika mahu yang percuma, tetapi kena buat kerja sikit lah, Kedekut atau keberatan untuk mengeluarkan zakat ini, Samalah kita membelakangkan firman diatas tadi, bererti kita membelakangkan Tuhan (Bermurafakah) dan Perintah nya. Apabila kita membelakangkan Allah SWT, maka yang di depan siapa pula...tentu nya iblis laknatullaah yang sentiasa menunggu ruang, waktu dan kesilapan kita untuk mereka masuk jarum mereka pula.....    ( Cerita penuh godaan iblis di Blog 3 )


Contohi lah Sahabat Nabi SAW, Abu Thalhah. Apabila turun nya firman Allah SWT yang bermaksud -

"KAMU SEKALI KALI TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA KEBAIKAN (yang Sempurna). SEBELUM KAMU MENAFKAHKAN (Zakatkan) HARTA YANG KAMU CINTAI - Ali Imran 3:92. 

Yakni membayar Zakat. Beliau terus membayar nya tanpa bertangguh. 

Kita perlu semak dan kaji secara halus apa yang di maksudkan dengan HARTA YANG KAMU CINTAI...dalam firman di atas itu. Pada dasar nya, kesimpulan Harta yang kamu cintai itu adalah harta kesayangan kamu bukan yang hendak di buang atau telah buruk seperti memberi anak anak yatim baju terpakai yang kita tak mahu lagi, ini bukan beri zakat nama nya, ini beri sahaja jika pada pendapat saya lah, Jika nak beri sesuatu tu belu lah baru atau lebih mudah beri wang Ringgit.


Setiap pelajaran yang dikendalikan di Mind Tech MK akan di bayar zakat ilmu semata bertujuan pembersih Rohani si pelajar bagi memudahkan ia mendapat pelajari Ilmu itu dengan mudah dan dapat berkat dari keilmuan yang di pelajari. Ini lah tujuan nya. Taubat yang di terima adalah dari Rohani yang bersih serta Jiwa yang iklas, sebab tu agak mahal sedikit yuran nya....renungkan lah...

Kebanyakan Manusia di hari ini hanya gemar mencari Kesenangan, Kekeyangan dan Kemewahan semata mata, tanpa memikirkan samada ianya berkat atau tidak. Wang yang di terima dan mendapat wang yang tidak di cuci atau di bersihkan terlebih dahulu. Tahukah anda bahawa wang yang di dalam bank itu bercampur dengan wang yang hasil nya dari penjualan Arak, Judi dan Maksiat? Memang lah kita kerja dari hasil keringat sendiri dan mendapat gaji atau upah cara yang halal, tetapi tahukah anda wang upahan atau gaji yang di terima itu telah bercampur gaul dengan wang hasil Judi, Pemjualan Daging Khinzir dan Penjualan Arak? Maka, maaf jika apa yang saya katakan ini salah, maka tak ada berkat dengan penggunaan wang ini. Beli kereta selalu Rosak dan memberi masalah, beli makanan untuk keluarga tak ada berkat nya, anak melawan, pergolakan rumahtangga, dapat sakit dan sebagai nya, naik Haji tak dapat Haji makbrul (Diterima), serta banyak lagi masalah dan musibah. Cuci lah dulu wang itu, bukan cuci dengan air, ada cara nya jika anda tahu dan jumpa lah dengan guru Mursyik bagi menyelesaikan nya.

Jika kerohanian kita tak dibersihkan, maka bercelarulah Jiwa kita, Fikiran serta Jiwa kita tidak tenteram dan tidak Stabil begitu juga dengan emosi kita...Dosa kecil sentiasa kita perolehi dari masa ke semasa tanpa kita sedari, misal nya mengata orang, cemburu, mengumpat,  dengki Khianat, maki hamun dalam hati, tamak, berkata kata yang tidak baik terhadap sesuatu atau orang dalam hati, was was dan sebagainya. Maka cara mencuci nya adalah dengan membayar zakat. Sebab itu lah membayar zakat ini di wajibkan. Seperti kita tak puasa, wajib ganti kan, jika tak dapat ganti kita wajib mengeluarkan fidyah memberi makan sekurang nya 10 orang anak yatim untuk sehari kita tinggalkan puasa....maka zakat pun sama, jika anda kedekut hendak keluarkan zakat berupa wang Ringgit, maka, boleh lah di ganti  dengan zikir taubah, yakni RM.100 bersamaan 100 ribu zikir taubah, kena buat tunai tidak boleh tangguh atau berhenti kemuddian sambung balik, sama juga jika di mekah, jika anda tak mahu buat solat, di gantikan dengan 7 pusingan tawaf keliling Baitullaah. Jadi terpulang lah pada anda mahu atau tidak melakukan....Qada tu sebenarnya tak ada, takut nanti Qada Allah SWT pula yang sampai.....anda di beri akal dan fikiran, maka gunakan lah sebaik mungkin.
 
Ingat!..
...Kata kata kita, niat kita dan perbuatan kita adalah doa (Permintaan) kita.

 
Sesungguh nya Allah SWT berfirman dalam qalam nya -

 "Kamu sekali kali tidak sampai kepada KEBAIKAN sebelum menafkahkan (Zakatkan) harta yang kamu cintai" - (Ali Imran: 92)



Jika anda tak mahu membayar nya, maka, jika Allah SWT mendatangkan sakit atau memberi musibah pada anda, kena lah anda Redho kerana  diberi sakit atau musibah itu juga adalah penghapus dosa dosa kecil...kedekut atau sayang sangat mengeluarkan wang Ringgit maka Allah SWT menjatuhkan sakit pada kita dan kita terpaksa mengeluarkan juga wang Ringgit yang mungkin lebih banyak daripada membayar zakat tadi untuk berubat.....atau kenderaan anda rosak dan sebagai nya musibah tertimpa.....seperti anak anak tak dengar kata, anak remaja melawan kata, merempit, terlibat dalam kegiatan dadah dan Jenayah, ini diantara nya...Allah SWT tidak rugi walaupun sebesar zarah pun, yang amat rugi...kita lah.....kita semak semak lah...
Ingat ! dan ambil lah perhatian yang serious mengenai nya.
...setiap yang kita perolehi atau di timpa bencana atau Musibah yang kita terima adalah permintaan dari kita juga...Tiada siapa yang bersalah melainkan Diri kita sendiri yang salah....mari kita semak baik baik.....


  Masyur, terkenal, Glamour, Gelaran, berpangkat serta Kehebatan pula. 

Jika ditanya, mungkin benar apa yang mereka katakan, jika tidak terkenal macamana orang nak tahu dan kenal kita, tiada pangkat mana nak di pandang mulia, sebab itu lah kita semua mengejar nya....tetapi perlu ingat, kesemua itu bukan jaminan kita hebat dan Glamour di akhirat nanti, di Alam kekal sana. Jika anda tahu atau pernah mendengar nyanyian Nasyid oleh Orkes Al Suraya dari Medan, yaitu lagu "Selimut Putih", di antara senikata nya adalah :"Jangan Mahu di sanjung sanjungan, kau di Gelar Manusia Angkuh. Sadar lah diri, tahu di untung sebelum keranda anda di usung

Tiada lagi guna nya harta, kawan karib, sanak saudara. Jikalau ada, AMAL di dunia, itu lah saja pembela kita".

Ini lah pengingat kita, bukan lagu Rock dan sebagainya, itu mengalpakan kita.


Hidup di Dunia hanya sebagai tumpangan serta  sementara sahaja dan ianya adalah pentas sendiwara sementara dan semua nya hanya pinjaman belaka bukan hak kita, sebab itu bila kita kembali ke Rahmatullaah semua nya tinggal kerana bukan hak kita. Unsur di pulangkan kembali ke unsur, Roh kembali pada Alam Roh, Jasad kita di simpan dalam tanah (Persemadian).   Yang menjadi hak kita adalah Amalan, yang itu kita bawa sekali.

Alam Akhirat adalah Alam Kekal. Jaminan Kebahagian di Alam Kekal adalah pada AMALAN, ingat lah, Amalan kita di dunia KETIKA INI dan pada masa ini dan tamat pada nafas terakhir nanti, kita kena semak lah apa itu dikatakan AMALAN tadi. Ianya bukan lah kerana banyak buat pahala, kerana banyak buat kebajikan, bukan kuat buat ibadah, banyak membaca Al Quran atau banyak buat sedekah, tetapi banyak AMALAN. Zikirul laah dan Zikir taubah adalah Amalan yang di maksud kan, dan sentiasa 24/7 berkalimah syahadah tanpa sesaat pun lalai....


   Nabi Allah Yusuf A.S bukan lah lawa, Tampan dan Cantik sebenarnya jika anda tahu cerita nya yang sebenar nya, baginda sebenar nya tak lawa. Tampan dan cantik kerana itu beliau telah di buang dan di tinggalkan dalam hutan serta pernah di campak kedalam perigi sewaktu baginda kecil. Yang membuat baginda jadi lawa, Tampan adalah Amalan zikir. Jadi Zikir lah segala segala nya (Zikir : Allah. Allah, Allah, Muhammad, Muhammad, Muhammad), nak hantar sedekah pada Arwah pakai zikir (Zikir Taubah), simpanan kita ke Akhirat esuk juga pakai zikir yang di simpan (Antal Wahab). Jadi kena belajar dan ambil tahu juga bagaimana nak berzikir ni. Maka sebab itu kita kena berguru pada yang Mursyik yaitu Guru yang tahu dan kenal siapa dia Allah SWT yang sebenar nya (Awal mengenal Aku, Kenali lah diri mu serata rata nya baharu kenal Aku dengan NYATA), yang tahu di mana nak simpan zikir ini serta cara bagaimana nak lakukan zikir berbillion billion dalam sesaat, mustahil ke, tidak ada yang mustahil jika anda tahu....cuba lah kita sama sama hayati....

         Kehebatan mempunyai Ilmu ilmu Shakti, ilmu ilmu Hikmah, ilmu kebatinan dan Hikmat atau Ilmu kekuatan serta kehebatan itu dan ini, mengambil khodam khodam tertentu atau perewang dan pendamping Dato ini lah dan putri itu lah adalah mempelajari hamba ilmu sebenar nya, Di sebut Sheh rul Mubiin (Sihir yang Nyata).
Raja segala Ilmu adalah Tabligh, Sidiq, Amanah, Fatonah, Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi (Bakabilah), sembilan tahap kesemua nya, dimana empat Qadim Muhammad adalah Zat, Sifat, Isma dan If'il (Fikli) serta Qadim Allah SWT - 7 sifat makni Allah SWT. Ini lah ilmu kehebatan di Dunia dan di Akhirat,  Ilmu Allah SWT yang sebenar benar nya tulin kerana kerahsiaan keshaktian nya Hikmah dan Hikmat ada di dalam ke sembilan tahapan ini berserta Husna nya : Hayyan, Aliman, Basiran, Samii'an, Qudiran, Muridan dan Qalam.


Ramai yang ingin dapatkan ke tahap wali tetapi, untuk mendapatkan tahapan Keromah sahaja pun belum tentu tercapai, sebab banyak ujian dan dugaan akan di beri oleh Allah SWT untuk melihat sejauh mana kita yaqin atau Lahuwa Haq Qul Yakin kepada kekuasaan nya.  - (Kemuliaan Allah SWT, Tahapan keromah - sifat perilaku Nabi nabi - Tabligh, Sidiq, Amanah dan Fatonah)

Jika masih mahukan imbalan imbalan ganjaran seperti Pahala pada segala perbuatan yang baik seperti ibadah, sedekah dan sebagai nya, rasa nya tak begitu cantik dan tak cukup menyakinkan ke tahapan Keromah ini. Jika kita lepas pun tahapan keromah (Sifat Perilaku Nabi nabi - Tabligh, Sidiq, Amanah dan Fatonah) itu anda hanya baru sampai ke tahap wali empat sahaja (kerana empat tahapan yaitu Zat, Sifat, Isma dan Fikli) sahaja yang mudah di fahami dan di pelajari serta terdapat banyak guru guru nya) dan untuk mencapai ke tahap wali sembilan anda perlukan lima tahap yang di perkatakan diatas tadi - (Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi) serta tahu kerahsiaan sifat Tujuh Makni Allah SWT, Qadim Muhammad dan Qadim Ketuhanan, baharu anda mencapai tahap wali sembilan, itu pun jika ada dengan kurnian dan anugerah dari Zat Wajibal Ujud, Qholiqul Alam juga. Al-Hafiz, Ustaz, Imam, Imam Muda, Musidur, Nasir, Ustazah Pilihan pun belum cukup untuk ke tahapan Wali ini kerana itu hanya ilmiah sahaja atau setakat baru tahu sahaja, lancar Bahasa Arab dan pandai menterjemah Bahasa Arab pun baru peringkat ilmiah, belum pemegang wasitah Allah SWT dan itu pun setelah anda mencapai ke tahap sembilan ini serta tahu kerahsiaan sifat 7 Makni Allah SWT berserta fungsi nya serta juga tahu rahsia Qadim ketuhanan serta Qadim Muhammad, dan dengan pasti mesti tahu fungsi nya kalimah syahadah, baru anda akan di martabatkan sebagai ketua segala para wali yaitu Wali Qutub oleh Allah SWT tetapi dengan Pra Syarat tertentu, dan peringkat terakhir anda adalah Bakabillah dengan Allah SWT ini pun jika anda mendapat kurnia dan anugerah daripada nya atau anda di ambil oleh Allah SWT Bakibilah dengan nya. Anda akan menjadi WASITAH Allah SWT.  Mengapa tak mengejar yang ini......

Memang benar yang buruk dan baik (Qada' dan Qadar) datang nya dari Allah SWT, tetapi anda di beri AKAL dan FIKIRAN oleh Allah SWT, mengapa anda tak gunakan nya. Seperti firman nya - " Aku beri kamu Akal dan Fikiran, Mengapa tidak engkau gunakan nya". dan perpatah menyebutkan Fikiran anda lebih mengetahui daripada anda. Nak kaya, nak kuat, nak Ilmu yang sebenar Ilmu Mutlak asli daripada Allah SWT ada di berikan oleh nya. Maka gunakan lah Fikiran dan Akal     (disini lah terletak nya tahapan mana nya Martabat anda) untuk mendapatkan nya.
Sememang nya betul dan benar bahawa yang Bathil dan Yang Haq itu datang nya dari Allah SWT, tetapi kebijaksanaan kita boleh membezakan nya dan menyelesaikan masalah ini dengan mengetahui siapa yang  sebenar mempunyai kuasa yang Mutlak sebenar nya, di sini kita kena bijaksana dan bijaklaksana kan nya. Tiada yang akan bergerak melainkan di gerak kan oleh HU Allah SWT. Tiada yang di punyai melainkan kepunyaan Allah SWT semata mata. Pernah kah anda bersyukur, (Syukran innallah, Allah Hu Akbar)...kenapa mesti punyai Hikmah selain dari Hikmah yang diberikan oleh Allah SWT sendiri pada kita.
 


Menggunakan petikan ayat ayat dari Al Quran, Al kitab kitab lain, menggunakan Majarobat tertentu yang di tulis oleh orang orang tertentu yang kita tak tahu ada kah dia pemegang Wasitah Allah SWT, menggunakan serana serana dan sebagai nya sebagai Highlight atau bertopengkan pengiklanan bagi menarik perhatian serta keyakinan kepada sesuatu produk oleh Orang bijak tertentu yang telah masyur atau Glamour atas tiket nama Islamic (Produk Islam kata nya). Bukan kah ini membelakangkan (Bermurafakah) kepada kuasa mutlak Zat Wajibal Ujud, Qolikul Alam serta memesongkan sedikit sebanyak akidah kita dengan mengatakan dan meyakin kan kepada umum bahawa sarana itu dan ini yang membantu bukan kuasa mutlak Allah SWT yang berfungsi?. Apa ada pada Air dibacakan doa sifa, Kismis minda berdoa dan Coklat Minda yang masuk kan ayat serta Doa doa tertentu katanya, sedangkan "Allah humaf tah Alai na hik matakawan sur Alaina min haza hini rah mati kaya har hama ro himin" boleh di baca pada setiap sesi permulaan klass            (Belum ada sekolah yang melakukan nya) atau setiap kali membaca Al Qur'an serta setiap kali dibaca waktu mengulang kaji atau di baca berulang ulang setiap waktu, ini patut di terapkan pada anak anak kita, tidak yakin kah ayat minta cerdik dan dapatkan hikmah Allah SWT ini ?. Baca 3x.




Kismis, Air dan Coklat ini memang telah sedia ada hikmah nya jika di makan atau di minum mengikut sukatan nya, kerana ketiga nya sememangnya peransang Minda tanpa perlu di doa pun, telah di bukti oleh pakar pakar sains bahawa kesemua benda ini sememang nya ada khasiat serta kegunaan nya tertentu, ini lah antara kuasa Allah SWT menjadikan sesuatu perkara atau benda sememang nya mempunyai hikmat tertentu nya tersendiri untuk kegunaan kia semua. Jadi mengapa menggunakan Islamic Product sebagai tunggak kan nya, bukan kah ini serba sedikit memesongkan Akidah nama nya?



Seperti Batu Kristal, batu tersebut sebenarnya hanya mempunyai Tenaga tenaga tertentu mengikut warna dan jenama nya BUKAN ada kuasa Hikmah, shakti atau sebagai nya. Mengapa di permainkan serta memperolokkan benda benda ini semata mata untuk keuntungan peribadi dan serba sedikit telah memesongkan akidah kita kerana mempercayai ke benda benda selain dari kuasa mutlak Allah SWT itu sendiri, bukan kah ini Bermurafakah kepada Zat Wajibal Ujud, Qholiqul Alam nama nya....jom semak semak.
 
Mengapa mesti membelakangkan Allah SWT, percaya pada benda yang dibaca dengan ayat suci kata nya, air yang di baca zikir beserta ayat ayat sifa kata nya, wafak, tangkal, buah dan lain lain selain dari kuasa Allah SWT itu sendiri. Insan atau Orang itu belum tentu makbul doa nya dan amalannya sendiri belum tentu di terima oleh Allah SWT, mereka cuma percaya pada cara perbuatan itu, hanya percaya pada ayat ayat itu sebab terbaca atau di beritahu mengenai kehebatan ayat ayat tertentu tersebut, (Seperti yang telah di nyatakan terdahulu bahawa BETUL kata kita, belum tentu BETUL kata Allah SWT), tetapi kita kena tahu dan mungkin telah tahu juga bahawa semua ayat ayat suci ada malaikat penjaga nya, di sini lah Iblis akan memain kan peranan dengan sebebas nya kerana kita telah membelakangkan kuasa Mutlak yakni kuasa kepunyaan Allah SWT sebenar nya.
Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memerintah Para Malaikat penjaga ayat ayat serta zikir zikir ini bertugas (berfungsi), pada ayat ayat mana sekali pun ada malaikat yang menjaga nya tetapi para malaikat ini tak berfungsi atau tak bertugas kerana tiada arahan dari Allah SWT untuk berfungsi, kerana kita tak pernah meminta pada Allah SWT untuk menyuruh para Malaikat tersebut berfungsi, sebab itu jika di bakar atau terbakar kertas ayat ayat ini sudah pasti ianya terbakar. Tetapi jika Para Malaikat yang menjaga nya berfungsi, mustahil ayat ayat ini boleh di bakar.....
 
 Ustaz, Tok Guru, Imam atau sesiapa pun sahaja yang bukan pemegang Wasitah Allah SWT     (- yang mendapat Wasitah Allah SWT ini hanya Para para Rasul dan para Nabi nabi, Para Syuhadah dan Solihin, Para para Ambia, para Wali wali Allah SWT serta Para Wali Qutub (Ketua Para Wali Allah SWT) dan ketua para Malaikat di dunia ini yakni Malaikat Mukorabbin sahaja). Selain dari itu sesiapa pun tidak mempunyai kelayakan memerintah Para Malaikat penjaga ayat ayat itu menjalankan tugasan mereka, jadi macamana Bekas Artis, Motivator, Tuan Haji Tuan haji, bekas Atlit, "Pendakwah Instant", penceramah Agama, penceramah instant, Para Pendakwah selebriti, Tok Guru atau Ustaz boleh?, sedang kan mereka pakar dalam segi ilmiah nya sahaja, mereka ini bukan pemegang Wasitah Allah SWT...  musykil juga. Bertanya lah pada yang Mursyik untuk mendapatkan kepastian dan kebenaran kenyataan ini.
Maka Iblis pula akan bertapak di situ  mengambil alih tugasan ini (Pada Ayat ayat itu), iblis akan masuk jika kita walaupun sebesar zarah membelakangi Tuhan. (Ingat !...perbuatan iblis itu sama tetapi tak serupa, ia menyuruh kita megerjakan solat juga dan kuat berzikir dan banyak kan beribadah, tetapi semua itu untuk mereka (Makanan mereka)...di sini lah iblis memesongkan pandangan kita....Penceramah  menggunakan lawak Jenaka pada ceramah mereka pasal nak  ambil perhatian, Famous dan Glamour (Iblis kata untuk beri perhatian konon nya jangan mengantuk gesek si iblis), tidak kah kita sedar bahawa satu ketawa akan melahirkan beberapa ekor Iblis, pesanan Nabi SAW, jangan ketawa, senyum aje, jika nak ketawa juga jangan sampai Nampak Gigi, ini sabda nya). Di saat ini lah peluang sebesar nya para iblis memasuk kan jarum kesesatan mereka. Allah SWT tidak melarang Iblis dan Syaitan memasukkan jarum kesesatan mereka melalui apa juga cara, sebab telah di benarkan sewaktu permintaan para iblis dan syaitan untuk menyesatkan Anak anak Adam sebelum tiba hari kiamat nanti, semasa mereka di laknati dahulu. Allah SWT tidak  mungkir walaupun pada siapa pun, Kebenaran menyesatkan anak Adam pada yang ingkar, sombong, bongkak dan Takbur dan membelakangkan Allah SWT sahaja yang akan masuk kejerat para iblis, Jin dan syaitan ini. Jangan Salahkan Iblis, Jin atau Syaitan itu pula kerana perbuatan mereka juga menjalankan amanah dari Allah SWT, salahkan diri sendiri kerana Buta, Tuli dan Dungu (sebab itu Allah SWT tidak suka pada tiga perkara ini), kerana kita tidak mahu mengkaji dan mempelajari hingga ke puncak sehalus nya rahsia keilmuan Allah SWT sebab Sombong. Takbur, Riak dan Bongkak lalai dengan keindahan dan alunan kemewahan, mahu di sanjung, mahu di kenang, Mengagungkan dunia sahaja serta mengejar  Pangkat dan Darjat. Yang paling Utama kepada mereka yang suka mempunyai sesuatu yang sebenar nya bukan Hak milik kita. Kan semua nya hak mutlak milik Allah SWT, walaupun nyawa kita sendiri ada lahhak mutlak Allah SWT. Jika Isteri anda hak milik anda mengapa Allah SWT mengambil nya kembali ke Rahmatullaah, begitu juga anak perempuan anda, mengapa di beri pada Suami nya, bukan kah dia (Anak perempuan anda) itu anak anda, hak anda, sebegitu juga dengan kemewahan serta harta benda milik anda kata nya, mengapa sewaktu kembali ke Rahmatullaah anda tak bawa sekali......semak semak serta Renungkan lah sebentar bersama sama.
 
Benar dan Sah mereka pergunakan nama Allah SWT, menggunakan kalimah Allah SWT dan Asma Al Husna nya tapi, kita kena tahu dan peka bahawa iblis juga menggunakan bahasa yang sama, (lagi pun itu bahasa arab tu mereka juga, Bahasa kita Bahasa Melayu, kita perlu sentiasa ingat, para iblis dan syaitan ini telah beribu tahun sujud kepada Allah SWT terdahulu dari kita, sebarang ayat Allah SWT mereka hafal dan lancar serta tahu Erti nya yang sebenar. Tetapi mereka cerdik serta pintar menggunakan nya agar kita percaya dan terpedaya dengan memesongkan pandangan kita, SEBAB mereka gunakan Bahasa Al Quran juga untuk menyesatkan kita), memesongkan pandangan kita dengan peralatkan kalimah kalimah serta ayat ayat Al Qur'an Al Qarim. kerana kita buta, tuli dan dungu sebenar nya, maka kita terpedaya dengan taktik si iblis dengan penggunaan ayat ayat Al Quran itu tadi. Mereka tidak takut mempersenda kan ayat atau firman atau apa sahaja bagi tujuan menyesatkan kerana dah tentu Ahli Neraka.... Pernah saya bertanya pada sesaorang apa kah erti nya BISMIL LAAH HIR RAH MAN NIR RAHIM itu, dia menjawap -"Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang", Jawap nya sememang nya benar dan  betul jika saya minta terjemahan nya, tetapi yang saya minta ERTI nya. Jadi Kebijaksana dan Bijaklaksana  kan perlu supaya jangan salah pandang atau salah dengar pada ajakan dan bisikan Iblis, Jin dan Syaitan ini.  Kaji dulu erti sebenar nya ayat Al Quran Al Qarim tu dengan pasti....
     
Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Aku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperolokkan pada (pandangan) mereka pada apa yang mereka telah lakukan. -- [Al-An'am 6:43]
Merata rata para Ustaz, pendakwah serta para Ulama berkata serta menyatakan bahawa Doa pada Allah SWT adalah senjata pada orang Mukmin tetapi masih percaya pada benda benda dan serana serta pada pendamping pendamping. Adakah anda tidak Haq Qul Yaqin pada firman nya yang bermaksud, "Minta pada ku, akan ku perkenankan pintaan mu" - Surah Al-Mukmin ayat 60......

Mengenai Nafsu pula adalah kepada bawaan kita, Jika kita mahu Nafsu itu ke Jalan Allah SWT maka kita yang membawa nya dan jika kita mahu Nafsu itu ke jalan kebatilan, itu terserah kita. Allah SWT telah anugerah kan kita Akal dan Fikiran, maka gunakan lah Anugerah yang tidak ternilai ini sebaik mungkin, biar sesal dahulu, jangan sesal kemuddian hari.


   Seperkara lagi.....Jika Allah SWT memberi anda dua pilihan.:
Pilihan A)
- Jika kamu buat salah, kamu akan mendapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu dapat Pahala.

Pilihan B)
- Jika kamu buat salah, kamu tak dapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu tak dapat Pahala.
yang mana satu pilihan anda, A atau   B
...cuba semak-semak kan dengan teliti, jawapan nya akan di ketahui samada anda bermatabat tinggi atau sekadar burung Tiong, ikut kata sahaja tanpa tahu erti nya.

"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103

Nasihat : Rujuk lah kepada Guru Mursyik terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan mengenai renungan di atas ini.




Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Qholiqul Alam (Allah SWT) dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, boleh lah di jadikan sebagai pelajaran Ilmiah serta garis panduan dan Iktibar, bilamana jika ia nya Relevant pada pendapat anda, guna pakai lah kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Mengkaji, Mengaji, Belajar dan Mempelajari se hingga lah ke saat ini.

Sila lah rujuk dulu kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian.



Gelomour serta populer....
 

Populer serta dunia Glamour adalah salah satu teknik Iblis menjalan kan rancangan keksesatan mereka yang sebenar nya mengikut Trend sekarang ini. Pendekatan ke arah Populeriti serta Dunia Glamour adalah cara terkini para Iblis gunakan sekarang bagi kegiatan penghasutan mereka bermurafakah pada Allah SWT. mereka berjaya.

Satu cara ternyata sekarang adalah perlakuan cerai berai Para Artis. Bagi mereka ini adalah trend untuk glamour dan populer, mereka bangga dengan perceraian ini, mengapa tidak, menghebohkan keaiban masing masing (Pasang yang bercerai itu), kerana akan keluar di Media Massa secara exklusif mengenai nya dan sudah tentu Glamour lah. Jadi Janda lagi populer, minta simpati, nanti yang muda muda lak simpati, ni lah tujuan nya. Mereka adalah icon dan mempunyai banyak peminat dan mereka lah yang membawa para peminat mereka ke arah yang paling di benci oleh Allah SWT ya itu meruntuh kan Masjid. Kerana undang undang yang ada hanya melindungi para wanita serta kanak kanak sahaja tapi perlindungan pada pihak lelaki tidak ada. Sexual Arrestment, siapa yang membawa ke arah itu agaknya ?, sudah tentu nya Wanita. Berpakaian sexy, terdedah sana sini, menampak kan raut tubuh bila berpakaian dan sebagai nya. Ikut fesyen terkini lah, konon nya.
 
Para artis guna kan perceraian untuk menaik kan Glamour serta populeriti mereka. Kontrovesi perceraian di Highlight ke Media massa, media eletronik serta Youtube. Mengapa kah agak nya. Kerana cetek terhadap Agama.....sepatut nya malu lah, yang perempuan tak pandai dan tak layak jadi isteri dan yang lelaki sama juga tak layak jadi suami, sebab Glamour lah.....dan lebih menyedihkan mereka menyalah kan Takdir Allah SWT, jika mereka tahu atau berpendidikan Agama yang tinggi, mereka tak akan masuk ke dunia Glamour atau menjadi populer, kerana bukan Glamour penjamin di Akhirat kelak.... Iblis menggunakan Wang Ringgit sebagai umpan dan adalah punca ke arah itu. Kerana ada Wang semua boleh jadi. Penceraian boleh belaku sebab Wang. Peguam nak Wang, pasal tu mereka mewakili Wanita wanita si Artis ini, pasal selama ini belum ada yang mewakili wanita (Artis) ini dengan khidmat percuma. Para peguam ini sanggup bersenkokong pada yang Bathil, kerana wang yang lumayan. Para ulama tahu semua ini tetapi pasal undang undang perlindungan hak Wanita oleh perlimen dilulus kan, pasal nak kan undi dari kaum wanita, maka undang undang termaktub.
 
Semua orang tahu bahawa wanita dicipta sebagai pembantu Suami, taat pada suami, kena ikut cakap Suami dan tak boleh lawan suami kerana telah di tetapkan oleh Allah SWT bahawa  isteri yang melawan suami tak bau Syurga. Itu nanti, belakang kira, Tidak termasuk juga para Artis, tidak terkecuali, kerana mereka juga insan biasa sama seperti insan selain nya. Kerana Kunci Syurga ada pada Suami jika ada yang tahu lah atau dah tahu buat buat tak tahu. Ini tetapan oleh Allah SWT bukan undang undang yang di tetap oleh Parlimen.

Mudah aje kan, jangan lawan kata suami, layan dengan baik pada suami dan cantik, berdandan untuk suami, rasa nya suami tak cari lain atau ada buat hubungan lain. Cuba kita kaji sabentar, semasa anak dara wah bukan main ranggi lagi, hias diri, cantik kan diri, senyum memikat dan sebagai nya lagi bagi menarik perhatian si lelaki. Tetapi lepas anak satu mula berserabut, rambut pun berserabai, muka tak hias, pakai pun ala kadar aje bila di rumah di hadapan suami...tapi bila nak ke pasar, nak keluar shopping.... wow...berdandan sakan, agak nya tuk siapa tu....iblis ketawa sekarang ini...peluang mereka lah nak retak kan rumah tangga, runtuh kan masjid.....mereka berjaya lagi....Subhanal laah....
 
Kemegahan diri serta Glamour kan diri juga merupakan salah satu dari perdekatan iblis ke arah kesesatan juga. Jadi berhati hati lah....di tawarkan hadiah dan hadiah wang yang sangat lumayan, konon nya kita ada talent, berkebolehan yang di anugerah kan oleh Allah SWT kepada kita konon nya, bisik si iblis ni.....jadi kita terpedaya dan masuk ke perangkap mereka. Mereka berjaya lagi nih..... 

Mereka menghasut lagi dengan mengadakan pertandingan Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega pulak cukup lumayan hadiah nya 1/2 juta kau dan sekarang mencari Bintang lak, konon nya mencari bakat pelawak, apa kah tujuan nya, satu lagi taktik untuk meramaikan atau melahirkan kaum iblis ini...tanya Ustaz jika kurang percaya, benar ke satu ketawa melahirkan beberapa ekor iblis....?,  yang hairan nya tak ke pelawak ni tahu mereka yang sebenar nya membantu melahirkan para iblis ni....renungkan lah....mereka berjaya...
 
Yang paling sedih adalah hukum menghukum yang di lakukan oleh seorang yang di anggap Guru guru Islam yang tersohor. Sebab tidak kenal siapa Allah SWT sebenarnya, hanya setakat percaya sahaja keujudan nya lah penghukuman ini berlaku sekarang. Boleh kafir mengafirkan pulak. Boleh menghukum sesaorang itu bukan  islam dan boleh menjamin orang tertentu mati syahid sedangkan mereka sendiri belum tentu Allah SWT letak di mana pulak. Mengeluarkan sesuatu Fatwa sesuka hati sahaja, siapa mereka ini Rasul ke, Nabi ke atau Allah itu sendiri ke.... Pengurusi guru guru pondok pula mula mengeluar kan arahan "Haram" pulak, siapa dia ini di sisi Allah SWT, Baru pengajar Ilmiah sahaja, baharu setakat tahu sahaja, dia bukan mewakili Allah SWT pun.  Bukan Rasul lantikan atau pemegang wasitah Allah SWT.......

Macam Agama Kristien pulak nampak nya, Padri boleh menghukum dan memaafkan.... Sangat sedih kerana seolah olah Allah SWT seperti Patung atau tak ujud lansung sahaja di perlakukan, sepatut nya yang punyai haq mutlak hukum menghukum ini adalah Allah SWT itu sendiri, bukan Manusia / insan yang menjatuh kan hukuman, insan atau manusia ini di hukum oleh Allah SWT. Tak takut ke azab Allah SWT nanti.... ini serba sedikit menunjuk kan bahawa kesombangan, bongkak, takbur dan riak serta jarum iblis  telah menguasai Tok Guru tok guru, Para Ulama ulama ini kerana nak Glamour dan nak Kedudukan, bermegah konon nya dia pakai sarban special berjubah special yang dia percaya konon dia mewakili Allah SWT di Dunia ini, dah Maksom agak nya, lebih dasyat dari Firaun dan Dajal. Nau zu bil laah hi min zaliq. Telah dikatakan terdahulu, jika kita kenal siapa dia Allah SWT itu sebenar benar nya, Insa Allah tak akan berlaku nya tuduh menuduh dan hukum menghukum ini....Sayang sekali, seorang Guru Agama yang mengaku menegak kan Islam boleh berbuat demikian kerana pada diri nya menganggap dia lah islam sejati sedangan dia telah di peralatkan oleh iblis dan sekutu nya secara halus bagi jalan kehancuran, Dia takbur kerana tahu konon nya mengenai islan sedang kan dia hanya tahu mengenai Ilmiah sahaja atau kulit nya sahaja belum Hakiki nya lagi....
Para Iblis jika mempersenda kan Kalimah Allah, atau Ayat Suci serta mempersenda Allah SWT sekali pun tak mengapa, kerana mereka tu AHLI NERAKA atau HELL MEMBERSHIP, jadi jangan kita ikuti mereka, sesuka hati bercakap tanpa berfikir secara bijaksana. Awasi lah permainan iblis dan sekutu nya, ini lebih ganas dari Dajal dan lebih teruk dari Firaun. 

Seorang Guru atau Ulama yang berpihak kepada Allah SWT, tidak akan bercakap atau mengeluarkan sesuatu Fatwa atau kata kata yang menghina kepada sesama insan, mengharam kan itu dan ini,  kafir mengkafir sesiapa pun, kan semua orang islam adalah bersaudara, bermakna, jika dia menuduh sesaorang yang ber Agama Islam itu bukan Islam, erti nya dia menuduh diri nya sendiri bukan islam, ini di akui nya sendiri bahawa semua Muslimin dan orang islam adalah bersaudara. Tidak tahu lah islam dia islam yang mana pulak. Islam ini ada tahapan atau tingkatan ke dan islam selain nya apa. Ini lah dia yang serba sedikit telah memesongkan Akidah dan merosak kan syiar yang di bawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

 Rasul lul laah SAW sendiri pun takut dan tidak pernah sekali pun menghukum tanpa sebab yang bernas. Beliau lebih gemar dan suka mengampunkan sesiapa sahaja, walau pun musuh nya sendiri, tawanan perang, sedangkan beliau di anugerah serta di angkat terang terang oleh Allah SWT sebagai Penghulu seluruh Umat islam di Dunia ini sahingga sekarang ini, Baginda pun tak berkelakuan sedemikian, sedang kan baginda telah berjumpa dengan Allah SWT, baginda kenal siapa Allah SWT itu, ini baru ketua Ulama atau Tok Guru atau Ulama serta Pendakwah sahaja, yang berpendidik setakat ilmiah sahaja, di lantik oleh sesaorang di Dunia ini sahaja. Tidak lansung lantikan oleh Allah SWT pun, bukan pemegang Wasitah Allah SWT pun,   (Pemegang Wasitah Allah SWT adalah Para Nabi, Para Rasul, Para Wali Allah SWT, Para Wali Qutub, Para Suhadah dan Solihin, Para Malaikat Mukaorabin)
 
Yang hairan nya mana pergi nya ketua ketua Agama di Malaysia ini, kan Sultan dan Agung itu  serta ketua ketua Negeri itu ketua Agama Islam di Malaysia ini....diam sahaja seolah olah tidak kisah dan tak perdulikan apa pun yang sedang berlaku, membiarkan sahaja mereka mereka ini bercakap sesuka hati. Membuat Fatwa fatwa tertentu selain fatwa yang di amanahkan oleh Allah SWT melalui Rasul nya. Tanggung Jawap ini sangat besar di pikul di bahu mereka ini sebagai ketua Agama Islam Negara, bayang kan dosa yang teramat besar di pikul ke Akhirat nanti.... ini bukan isu politik, ini isu keagamaan, ketuhanan.....Tanggung Jawab Ketua Negara....

Isu 'Kalimah Allah' di perbesar kan tapi membelakang kan Kuasa mutlak Allah SWT di biarkan.... Sebab semua percaya sahaja ujud nya Allah SWT, percaya sahaja ada nya Allah SWT, tetapi tak mengenal siapa dia Allah SWT itu. Jika kenal siapa dia Allah SWT itu, perkara ini tak akan berlaku. Sedar lah, Sebab itu lah, Sebenar nya Tuhan itu SATU tetapi Ketuhanan itu menjadi banyak sekarang. il lal laah...Cari lah Guru Mursyik untuk pengesahan Keterangan ini.
 
Yang memecah belahkan kan islam adalah umat islam itu sendiri, ibarat api dalam sekam, sebab utama nya, BISIKAN iblis itu tadi memain kan jarum nya....ingat, lagi besar serban dan lagi special serban itu yang di pakai lagi banyak dugaan nya di terima. Cuba kita tanya Tuan Guru serta orang yang membuat fatwa itu, boleh kah mereka ini membantu membebaskan orang dari seksa kubur?. Jika boleh Alhamdul lil laah hi rob bil alamin, dia adalah pemegang wasitah dan telah mendapat Safa'atan Alal laah  Allah SWT, jika belum tahu, maka bertaubat lah sebelum keranda di usung. Renungkan lah.....

Mereka (Iblis dan sekutu nya) aje asik berjaya, bila pulak kita nak berjaya melawan mereka....Maka cari lah jalan mengenal Allah SWT, jangan cuba mencari dimana Allah SWT itu berada, sampai kiamat pun tak akan jumpa, kita cari jalan mengenal Dia. pasti  100% kita menang.....Yakin Lah....

Renungan sepenuh nya, SILA KLIK SINI