Powered By Blogger

Wednesday, March 21

Hanya sekadar Renungan








Renungan

Adakah kita perlu berbuat baik? Adakah kebaikan kita di kenang atau jasa kita di lihat. Adakah perpatah orang tua tua dahulu : BUAT BAIK BERPADA PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI itu benar?

Renungan ini sekadar Nukilan yang tak minta di bahas atau di persoalkan, Cuma Renungan serta Nukilan untuk menjadi garis panduan jika ianya di fikirkan ada kebenaran nya.

Perkataan kita terutama percakapan dalam Bahasa Melayu sekarang jika kita renungkan, jika kita kajikan hampir kesemua nya tidak menepati maksud nya berbanding pada percakapan Melayu Klasik dulu. Cuba lah Renungkan ini : DUDUK ATAS KERUSI, adakah kata ini betul dan menepati makna nya, atau yang ini betul : DUDUK KERUSI PUNYA ATAS.

Bolehkah jika saya kata kan Doa kita selalu nya tak menepati kepada apa yang kita ingin kan dek kerana tersalah kata atau tersilap kata. Saya rasa itu kemungkinan nya jika kita renungkan kembali kepada peristiwa di zaman Nabi Allah Sulaiman, dimana Burung Puchung tersalah kata meminta makan setiap hari tetapi terkata Makan setiap minggu. Maka di makbulkan permintaan nya dan burung puchung hanya makan pada hari minggu sahaja, pada hari lain dia tak dapat makan walaupun cacing tersembul di hadapan nya, kesian? Tersalah kata lah menyebabkan kita dapat yang salah. Dari kajian dalam pembelajaran Hypnotherapy maka saya dapat ada kebenaran nya, sebab tiap perkataan yang hendak di beri pada yang kena Therapy hendak lah menggunakan perkataan yang positif dan subjective, yaitu secara terperinci, ini kerana Subconscious kita adalah CHILD IN YOU, sebagai Contoh....dalam doa kita biasa berbunyi sedemikian : "Yaa Allah, beri lah aku wang yang banyak , murahkan rezki ku...." dan sebagai nya. Adakah kata atau saranan serta ucapan kita betul...cuba renungkan sebentar...atau sebegini yang betul..: "YA ALLAH, LIMPAHKAN WANG RINGGIT MALAYSIA DAN MELIMPAH RUAHKAN LAH REZKI KU"....Renng-renungkan lah...

Jadi berbalik kepada bidalan perpatah Orang Tua tua : BUAT BAIK BERPADA PADA….pada taksiran yang tepat pada perkataan ini, betul lah jika saya katakan, jika nak buat baik BERPADA PADA lah. Jangan terlalu buat baik sangat atau yang tepat nya jangan buat baik….Apa yang saya alami membuktikan nya…ini pada pengalaman yang saya sendiri terkena., pada orang lain tak tahu lah kerana apa yang saya sendiri lalui itu lah yang saya tahu. Seorang kawan yang agak rapat pada hari Raya baru ini tidak mempunyai kenderaan atau kereta. Maka atas rasa kesian saya pun meminjamkan kepada dia sebuah kereta. Maka tersangat gembira lah dia dapat berhari Raya bersama Isteri dan anak nya. Selepas seminggu Hari Raya dia tak pulangkan kereta saya itu dan saya pergi jumpa dia menyuruh dia letak kan kereta itu di hadapan warung nya untuk menjual kereta saya itu. Dia Tanya kan saya berapa nak jual, saya katakan RM.5,000 sahaja. Dia kata dia nak beli kereta saya dengan syarat dia bayar RM.1,000 dulu dan pada pertengahan bulan membayar habis…maka dek kesian dan sebagai kawan maka saya setuju. Pada iklas saya fikirkan saya menolong seorang kawan. Tapi pada saat di janjikan dia diam sahaja dan saya malu nak minta. Pada satu hari dia sendiri berkata yang dia bayar setiap hari RM.50 dan saya setuju kerana masih memikirkan menolong kawan. Pada permulaan nya dia membayar tetapi pada minggu kedua dia memberi RM.20 dan kadang kadang RM.10 sahaja sehari. Jadi pada saya masih iklas katakan saya masih menolong nya memandang kata nya niaga kurang baik….pada hal saya setiap hari tanpa uzur sentiasa dating ke warung nya dan orang ramai serta dia sentiasa sibuk hingga tak sempat pun nak duduk….dan Akhir nya dia hanya beri jika saya minta…sangat malu saya seolah olah saya pula minta duit dari nya. Dan itu lah cerita nya pada orang di taman itu, dia kesian lihat saya dan tolong saya….
Seorang Teman saya yang dia kenali juga datang ke warung nya dan dia kata dia dah habis bayar duit kereta saya sebanyak RM.5,000 lebih dan selebih itu dia kesian pada saya….dan kata nya pada teman saya bahawa saya banyak hutang pada orang orang di Taman itu pasal tu dia kata saya pindah ke kampong…..kah…kah…kah

Seorang kenalan dan juga DJ radio terkenal pernah mengatakan pada saya : WE ARE NOT THAT GREAT TO BE HUMBLE , Ini pun benar juga..

Perbahasa juga menyatakan : BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, Kebanyakan orang bila tersepit maka pertolongan di minta, tapi setelah dapat apa yang di kehendaki, maka si penolong tadi di lupakan dan lebih dasyat lagi si penolong mungkin di fitnah...ini lumrah dalam pemasyarakatan Nusantara....Pernah seorang rakan menolong seorang yang ada permasalahan, di bantu dengan wang ringgit, di bantu hingga berjaya...bila dah berjaya, rakan yang membantu nya tadi di fitnah dan kini rakan nya itu muflis dek fitnah itu...patut kah?

Maka benar lah perpatah orang tua tua, BUAT BAIK BERPADA PADA…maka jangan buat baik….BUAT JAHAT JANGAN SEKALI..maka buat jahat selalu jangan sekali seperti kawan saya tu…….banyak lagi cerita yang terkena pada diri saya….saya bukan malaikat, bukan wali dan baik jauh sekali …Cuma hasuhan ibubapa saya mengajar supaya buat baik…mungkin anda pun mengalami nya?...Betul lah Pepribahasa menyatakan SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SANTAN SEBELANGA. Berbudi dan baik nya kita akan Rosak dek fitnah sekata sahaja…. Cuba renungi cerita Hang Tuah, jasa nya, pengornan nya di tolak ketepi kerana di Fitnah sahaja....RENUNG KAN LAH….

MINDA

MERAIH KEKAYAAN MELALUI KUASA MINDA ANDA.....info seterus nya