Powered By Blogger

Saturday, August 18

Sama Tapi Tak serupa






 
Saya suka mengingatkan supaya kita sebagai  penganut Agama Islam sentiasa berzikirul laah dan berkalimah Syahadah agar sentiasa berada dalam keislaman, keimanan, keberkatan dan Kerahmatan nya, Sentiasa lah mengingati Allah SWT, Insa Allah.
Kalimah Syahadah adalah passport atau Identity mengatakan kita adalah penganut Agama Islam. Ia juga adalah kalimah Agong jika anda tahu Kebesaran nya. Sesiapa pun yang memeluk ke Agama Islam wajib berkalimah Syahadah, jika kita sentiasa berkalimah Syahadah bermakna kita adalah sentiasa dalam Islam, tetapi berapa kali kah kita berkalimah syahadah dalam sehari.....saya rasa cuma lima kali sahaja di waktu beribadah Solat, mandi junub tak akan dan sewaktu berakad nikah sahaja kita di suruh berkalimah syahadah. Itu pun di suruh.

  Tahukah anda apa itu Dua kalimah Syahadah?. Erti dan Fungsi nya?.....
    Satu peristiwa yang saya sendiri dengar dan saksikan sendiri serta berada di situ adalah sewaktu mewalikan pernikahan anak saya di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya dimana juru nikah menyuruh dua saksi perempuan berkalimah syahadah sebelum menjadi saksi kepada upacara akad nikah tersebut. Kata nya kita mungkin tidak berada dalam Islam sebelum ini. Jadi persoalan nya, kita tidak berada di dalam Islam selagi kita tak berkalimah syahadah, macamana nak kita kekalkan kalimah ini....Orang Tariqat tahu cara nya, jika anda orang tariqat anda pasti tahu cara nya cuma di tukar Zikirul laah (Mengingati dan mengagungkan Allah SWT) kepada kalimah Syahadah. jika anda bukan orang tariqat maka anda boleh juga belajar dengan cara moden dengan menggunakan kaedah Hipnosadiri. Nampak mudah, tapi sebenar nya berat....Renungkan lah, Saya cuma boleh beri tip sahaja dimana anda sendiri Renungkan sedalam dalam nya dan cari lah Mursyik yang boleh menerangkan nya secara lebih mendalam dan terperinci. Cuba anda renungkan mengapa Kalimah tersebut ada dua kalimah dan di manakah dalam kalimah ini mengatakan bahawa anda di suruh menyembah dan di kalimah kedua ada terbukti pengakuan anda sebagai.....Renungkan lah. 

Kedua, bahawa dengan shaih nya Allah swt berfirman yang bermaksud : "Jika engkau mengingati aku, nescaya aku mengingati mu ". dan " Ingatilah aku setiap detik, saat dan Waktu". Ini erti sebenar nya Solah, dimana Allah serta Rasullulaah memberi Salam nya pada kita, alang kah beruntung nya yang mengerjakan ibadah solat ini.  Maka jangan hairan lah jika doa kita tak termakbul....maaf, saya cuma beri renungan sahaja....apakah ertikata sebenar nya firman tersebut...adakah anda sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta, zat wajibal ujud,  pemerintah seluruh Alam? Adakah anda sentiasa berada dan selalu bersama nya?

 Ingat perumpamaan orang tua tua :

Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka dia menyayangi mu.

Bila Allah Lambat makbulkan Doa mu, Maka Dia ingin Menguji MU.

Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.

Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...




Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).- Surah Ali Imran- 186 | (3:186)


Renungkan lah dan amati lah kata kata di atas, agar kita menempuh dengan benar ke jalan perjuangan menegak kan amanah Allah swt. Amin!
Ingat, kita sedang menuju ke Pulau Indah, ada dua jalan menuju ke sana, satu jalan yang di penuhi Intan Permata dan satu lagi jalan yang penuh Onak dan Duri, pilihlah jalan mana yang anda mahu ikuti.....

Dan teramat utama sekali jangan setakat percaya dan yakin sahaja akan keujudan Allah SWT sahaja, selain kita mengesakan nya Kenali lah dia, siapa dia, apa kah dia, dimana kah dia...renungkan lah surah ini untuk mendapat perkhabaran yang sebenar- "Ila hin naas" - kupas dan gali lah pengertian nya bukan setakat terjemahan nya sahaja. Firman nya juga bermaksud - " Kenali lah diri kamu serata - rata nya, baru kenal aku dengan NYATA " , "kerana Aku lebih dekat dari urat leher kamu".....

Jaga mulut dan hati adalah gerbang ke arah kebenaran dan kemenangan kita dalam Islam dengan hati sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa juga urusan, secara peribadi dan jangan bermurafakah kepada nya. Insa allah kita berada di jalan kebenaran, kemenangan dan sentiasa berada dalam jagaan nya... Insa Allah, Bersabib dengan firman nya bermaksud ; " Aku beri kamu akal dan fikiran, mengapa tidak kamu gunakan".
.....
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Ku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]


Benar Firman nya seperti di atas ini, kita ingatkan kita berada di jalan yang benar dengan bacaan ayat dari Al-Quran Al-Karim, Kita lakukan solah tapi bertujuan, bersebab, berkehendak kan pahala dan sebagai nya. Kata kita YA tapi belum tentu Allah SWT, Kata kan  lagi, sebab apa? renungkan lah sejenak....sama tapi tak serupa....

Maaf, jika saya bertanya, mengapa anda sembahyang, jika anda sembahyang sama lah seperti agama lain...menyembah. Sepatut nya kita beribadah Solat (Kamil lul Solah). Kita beribadah sebenarnya (Kamil lul Ibadah), bukan menyembah. Cuba renungkan alih bahasa dari Arab ke bahasa Melayu..."As Hadu alla il laa ha il lal laah". Apa terjemahan nya yang sebenar. Adakah- Aku naik saksi bahawa tiada yang ku sembah melain Allah ATAU - Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah...dimana perkataan menyembah atau sembah dalam "AS HADU ALLA IL LA HA IL LAL LAAH" ini. Maka sama-sama lah kita renungkan....dan MINAL JIN NA WATI WAN NAAS...(Tidak ku jadikan Manusia dan Jin semata mata untuk beribadah pada ku), bukan menyembah.

Anda menyebut "Aku naik SAKSI..." anda jadi saksi untuk apa?...ini pun kita perlu ambil tahu juga....maka di nasihatkan anda SURUH MENGAJI BUKAN MEMBACA SAJA....




Saya juga suka ingatkan bahawa Ketua Iblis dan Syaitan adalah Malaikat, Ketua Malaikat pada satu ketika dahulu, masih ber-title-kan Malaikat. Ya itu malaikat Azazil. Iblis dan Syaitan ini juga di jadikan oleh Yang maha Berkuasa Pemerintah seluruh alam, Mereka juga di berikan amanah oleh Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam, dan mereka menjalankan amanah itu supaya insan bernama Manusia tahu akan kedudukan ketinggian darjat mereka (Martabat Mereka di sisi Allah SWT). Jika mereka tidak ada, maka kita tak tahu di manakah tinggi darjat kita.....jika kita tidak menurut ajakan serta hasutan kata mereka, maka kita berada di jalan kemenangan dan Darjat (Makam) kita tinggi. Jika kita turut ajakan mereka maka kita ke pihak yang bathil, maka kita kalah dan Darjat kita Rendah di pandangan Allah SWT. Jadi bagaimana ni....Cuba di kaji ketingkatan ini:  SOFI, HAKIKAT, KHALIFAH, MARTABAT dan ABADI.




Ingat !!!..., ayat, cara bacaan, penampilan dan perbuatan sama sahaja di antara yang bathil dan yang benar, kita kena gunakan Akal dan Fikiran serta Kebijaksanaan Ilmu yang Hakikat untuk kita meneliti yang mana benar dan bathil, cuba teliti kembali kepada firman nya di atas tadi "Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan..- (Petikan dari - [Al-An'am 6:43]....Cuba Renungkan... sejenak....  Kalah nya mereka adalah dengan Akal dan Fikiran serta ketinggian Ilmu kita sahaja......kerana  mereka tak boleh baca akal, Fikiran serta Naluri kita serta Ilmu yang tinggi, sebab itu sesiapa yang tahu sentiasa akan berkata "IKUT NALURI KAMU"......Begitu juga dengan Allah SWT yang telah menyuruh kita berniat dalam segala Hal, kerana setelah dilaknatkan Syaitan dan Iblis sewaktu ingkar tidak mahu sujud pada Nabi Allah Adam A.S, maka Firman Allah SWT bermaksud " Segala ibadah, pemintaan pada ku hendak lah dengan NIAT ". Maka Niat itu erti nya berkata kata dalam hati, sebutkan dalam hati, maka Iblis, Syaitan dan Jin tak tahu apa yang kita perkatakan....Jadi jika minta sahaja dalam hati, Allah Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui....kecuali Iblis dan sekutunya tidak dapat mendengar apabila kita berkata dalam hati, ini lah kebesaran Allah SWT.....


Jangan sekali kali bersekonkong atau bersahabat dengan Jin, Iblis, syaitan dan jauhi lah mereka walaupun anda di angkat oleh mereka dengan memberi gelaran gelaran tertentu...takut nanti, jika anda menggunakan khidmat mereka sekarang, di akhirat nanti mereka akan minta upahan mereka di hadapan Allah SWT pula. Mereka akan minta upah dari anda yaitu meminta semua amalan anda telah dibuat sewaktu anda hidup di Dunia dahulu...maka anda kosong dengan amalan, jadi tanpa amalan anda duduk di mana nanti?...cuba anda hayati lagu selimut putih oleh orkes Al' Suraya dari Medan itu...... "Hanya amal di Dunia Pembela kita...". Tapi telah di minta balik oleh syaitan, Jin dan Iblis sebagai pembayaran Khidmat mereka sewaktu di dunia. " Jangan Mahu di sanjung sanjung, kau di gelar manusia angkuh! ".....Fikir lah sendiri......

Jika kita lihat pada program Mistik di kaca TV, dimana ahli pengamal pengubatan tradisional atau paranormal menyembuhkan mangsa rasukan Iblis konon nya dan mereka tahu hantu atau polong dan sebagai nya berada di dalam anggota mangsa. Mereka tahu Jin apa yang ada dalam tubuh mangsa...saya hairan juga. Setahu saya jika saya tak kenal anda, macamana saya tahu rupa anda....Bukan nak kutuk tapi perbuatan itu sangat keliru dan musykil juga. Mereka boleh berkumunikasi dengan Mahluk ini dan lebih hairan boleh mengislamkan mahluk ini kerana setahu saya mereka tak sujud pada Nabi Adam ketika di perintah oleh Allah SWT dan pada zaman Nabi Musa A.S pun mereka masih angkuh tidak mahu sujud ketika mereka meminta pada Nabi Musa A.S supaya bertanya pada Tuhan adakah jika mereka taubat akan di terima Allah SWT. Maka syarat terima Taubat oleh Allah SWT adalah sujud di makam Nabi Adam A.S, Mereka dengan angkuh berkarta " sedang sewaktu hidup nya kami tak sujud inikan dah Wafat".....Angkuh kan, jadi macamana Ahli Paranormal itu boleh mengislamkan para mahluk dan syaitan serta Iblis ini sedang Zat Wajibal Wujud, Kholiqul Alam pernah perintah mereka dan mereka ingkar........
Dan mereka terpaksa bersilat untuk mengeluarkan rasukan dari mangsa tadi...memekik dan sebagai nya....Saya suka ingatkan bahawa sifat menonjolkan kehebatan serta suka bermegah itu adalah sifat Syaitan......cuba renungkan.....

Seperti saya kata tadi, cara, gaya, bacaan ayat dari Al-Quran serta perbuatan adalah sama, saling iras dan persis sama, cuma yang bijaksana sahaja tahu yang mana bathil dan yang mana benar. Maka gunakan akal dan fikiran seperti firman yang bermaksud  " aku beri kamu Akal dan Fikiran, mengapa tidak kamu gunakan ". Jadi kita kena tahu erti dan faham sedalam nya baru dapat membezakan kan nya.....Ingat Tuhan kita Tuhan mereka juga, jadi jangan terpengaruh, Renungkan ini, SAMA TAPI TAK SERUPA.....Sedangkan Syaidina Ali R.A pun pernah di tipu oleh Iblis ketika hendak pergi ke masjid untuk Ibadah Solat Jumaat, jika anda tahu ceritanya, Beliau di tipu dua kali jumaat oleh Iblis ketika berjalan mahu beribadah solat Jumaat ke Masjid.... se orang Khalifah pun boleh di alih pandangan, apa lagi kita....




Setengah pengubat Tradisional ini mempunyai gelaran tertentu seperti Kiyai, Raden itu dan ini, Indera Shakti, Putri itu dan ini serta sebagainya....setahu saya, dari pemikiran saya ini, Allah hanya memberi title seperti Rasul Allah, Nabi Allah, Wali Allah, Khalifah Allah, Ahli kuthub, Syaidina dan Ambia, macam mana title selain itu boleh mereka perolehi dan di anugerahi....ini pun kena ambil tahu juga....saya tahu kerana saya sendiri di beritahu oleh bekas pemegang title sebegini yang kini telah kembali ke pangkal jalan. Maka saya boleh beri dalil nya jika ada yang ingin bertanya sebab nya....

Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Ku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
 -- [Al-An'am 6:43]




Saya ingin berkongsi untuk menerangkan Bab Rawatan Cara Islam yang sangat masyur dan bertumbuh cambah merata di Negara kita ini….Semua nya berlandaskan Al-Quran, bacaan, Nampak berdasarkan syariat Islam, dengan kalimah dan sebagai nya. Tapi kita juga perlu awas dengan tipu daya iblis, mereka juga sama..tahu membaca ayat ayat Al-Quran dan sebagai nya…untuk melawan dan menyesatkan anak cucu Adam seperti permintaan mereka pada Allah SWT sewaktu di laknati kerana enggan sujud pada Nabi Adam A.S. ....Cara mereka sama tapi tak serupa. Jangan lalu bawah ampaian lah, kena puasa, kena pakai tangkal, kena pakai wafak dan sebagai nya pada hal pada Zat Wajibal wujud, Kholiqul Alam tidak ada pantang.. Cuma pantang nya kalau bermurafakah pada nya yakni membelakangi nya dan tidak mengingati nya. sebab kita bermurafakah dan tidak mengingati nya lah maka kita di timpa berbagai masalah, Ujian dan penyakit. Dan sekali lagi saya suka ingatkan bahawa sifat megah, menunjuk kehebatan dan kebolehan serta menunjuk pandai adalah sifat Syaitan, jika ilmu Allah SWT selalu tersembunyi kerana itu Rahsia Allah SWT dan pemegang amanah nya tentu akan bersembunyikan diri dan Ilmu nya tersembunyi oleh si pemegang amanah nya...
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).- Surah Ali Imran- 186 | (3:186)
Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Ku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]


Dalam pengajian saya serta Research saya selama ini, berpendapat bahawa cara pendekatan Iblis ini sama dengan amalan syariat yang kita jalan kan, maksud nya dari segi bacaan, ayat dan sebagai nya… Rumusan nya satu jalan dengan jalan Malaikat, kerana para iblis ini adalah Malaikat juga dahulu nya sebelum ujud nya Adam A.S, hanya mereka yang berilmu tahu bagaimana mahu mengenali samada Malaikat atau Iblis. Sesuatu yang Allah SWT hendak anugerahkan pada kita akan di bawa oleh Malaikat di atas arahan Allah SWT, Apabila Malaikat ini sampai di kaki langit maka Iblis pun turut sama mahu mengiring pemberian itu kerana pemberian itu dari Allah SWT adalah Tuhan mereka juga, jadi disini siapa sampai dahulu?, adakah Iblis atau Malaikat di hadapan, maka Ilmu saja yang dapat mengenal siapa mereka itu. Berhati hati lah.....Penyampaian iblis sama tapi tak serupa...jika anda berilmu maka anda tahu bezakan antara malaikat atau Iblis. Di peringkat ini lah selalu nya pemesongan berlaku kerana BUTA ilmu. Bak kata perpatah - KENALI NILAI MATAWANG DULU, BARU KE PASAR MEMBELI....JIKA TAK MENGENALI MATAWANG JANGAN KE PASAR MEMBELI...NANTI KENA TIPU...Renungkan lah sejenak...

Juga dalam penuntutan apa Ilmu Mistik sekali pun, hanya yang berilmu tahu perbezaan antara ketulinan dan kebathilan. Ramai yang inginkan Batu delima, Ramai yang inginkan Buluh Perindu, Keris Hikmat dan sebagainya...adakah itu kurnian Illahi? atau di pesongkan iblis pemandangan nya serta meyakinkan benda -benda itu berhikmah........Jika di pandang dari satu sudut memang benar benda itu ada hikmah nya, tapi siapa yang memberikan hikmah itu?...kaji dulu, disini lah banyak yang bermurafah kepada Zat wajibal ujud, Kho li qul Alam, taksub dengan benda-benda itu hingga sanggup membeli nya seberapa pun harga nya.....Menarik duit dan menaik kan harta karun memerlu kan makanan seperti Minyak Zafron untuk khadam membuat kerja tersebut...yang kena tarik duit kita....Jika yang berilmu hanya dengan berzikir sahaja dapat rezki yang berlimpah ruah, maka itu saya katakan tadi KENALI NILAI DUIT BARU KE KEDAI MEMBELI......serta IN NA LAHUWAL HAQ KUL YAKIN....pada Kholiqul Alam..

Jika dahulu kumpulan Al-Akram menyatakan bersanding itu haram…mungkin masuk akal kerana memperagakan mempelai kepada umum yang bukan mukhrim. Tapi dari segi pandangan kejadian pula, Semua Umat Islam ini bersaudara dan yang mengenali Hakikat tahu siapa Insan yang bernama Manusia ini sebenar nya.... Adam dan Hawa bila bertemu pun bersanding di atas batu di Jabal Rahmah, dimana pada akhir Haji semua mengadap ke Meqod atau ke arah batu Besar, bukan ke Kabbah…sebab apa, ya…di sini sahaja berbagai pendapat timbul. Cerita nya, di batu itu lah pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa, mereka bersanding kan, erti nya duduk berdekatan….dan pada simbolik nya pula, pada akhir Haji semua duduk dan mengadap ke arah batu tu, bererti semua anak cucu nya menyaksikan persandingan Adam dan Hawa. Disini Allah SWT menikahkan mereka. Kerana sewaktu mereka di jadikan dan berada di dalam Syurga, mereka hanya seperti kanak kanak yang tak bernafsu, hanya teman sepermainan sahaja. jika anda tahu cerita asal nya, apabila di dunia, mereka bernafsu dan Allah SWT menikah kan mereka menjadi suami isteri... Jadi pada simbolik persandingan mempelai sekarang adalah untuk memberitahu bahawa mereka dah jadi Suami Isteri di saksikan semua yang hadir selain dua saksi Nikah sebelum ini.
Di Peringkat ini sahaja dan banyak timbul perbahasan….sama dengan beristeri empat, di BOLEH kan Lelaki Islam kawin sampai empat orang, tapi banyak pulak yang membangkang…Sedangkan di BOLEH kan pada syariat islam terdahulu, sekarang bangkang, kena persetujuan Isteri pertama terlebih dahulu seolah olah wanita ada haq dalam urusan ini. Nikah di Negara lain tak sah dan kena denda walau pun dah jadi suami isteri, mungkin kerana islam di ini berbeza dengan islam di tempat lain kot.…Hak lelaki sebagai Ketua tergugat…Tak Boleh ceraikan isteri, kalau nak cerai kena di hadapan kadi bukan Tuhan, bukan kah itu bermurafakah pada Tuhan, yakni membelakang kan Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam?...
Kebanyakan serta rata-rata umat Islam percaya dan yakin ada nya Tuhan serta mengesakan Allah SWT, hanya setakat percaya dan mungkin ada yang yakin ujud nya  Tuhan serta mengesakan nya sahaja...tapi tak mengenal Tuhan sebenar nya...buat solat kerana takut, nak syurga, nak pahala dan sebagai nya ibarat ada udang sebalik batu, baiklah kita gulung renungan ini dengan satu pertanyaan...jika kita mahu pahala seolah-olah kita membuat Allah SWT itu berhutang kepada kita kerana kita menagih pahala dari nya...jika Allah SWT pula menagih hutang nya daripada kita, bolehkah kita bayar hutang tersebut? Sekali tarik nafas di caj 1/2 sen, keluar nafas 1/2 sen, senyum 1/2 sen, makan 1/2 sen dan sebagai nya...berapa lama anda hidup, boleh kita bayar tak tagihan nya itu...jadi ibadah kita bukan menagih pahala, berbuat baik nya kita bukan minta pahala, membaca Al Quran bukan minta pahala, apa yang kita minta adalah berkat bacaan dan berkat ibadah itu supaya kita hidup sejahtera dan sentiasa dalam keberkataan nya.... 
Kerana masih menyembah bukan beribadah, hanya mengingati nya 5 kali sehari sedang kan firman nya bermaksud "Ingati lah AKU setiap detik saat dan Waktu". - kamil tu solah, kamil tu Ibadah... Mari lah kita sama-sama renungi dan semak semak lah...jangan hanya Cut And Paste....jangan jadi burung Biok (Tiung), ikut sahaja kata orang, makna tak tahu, terima bulat-bulat dari terjemahan tetapi tak kaji, kerana itu kita di suruh mengaji oleh orang tua-tua dahulu, perkataan MENGAJI...bukan membaca Al-Quraan Al Karim itu sahaja. Maka kenali lah Nilai wang sebelum ke pasar untuk membeli, jika tidak kita yang rugi....
Zat  wajibal wujud, Kho li qul Alam suruh lakukan begini, tapi di buat begitu…. Lelaki pemerintah, tapi sekarang wanita nak sama TARAF. Kalau gitu kenapa masa berjamaah tak di sama kan sesaf sahaja mengapa wanita di belakang, walau pun di belakang anak lelaki nya sendiri, walhal dia ibu….dah ternyata tapi masih berkata….

Sepaerkara lagi....Jangan sekali kali menghukum diri kita sendiri...jangan salah kan sesipa atau benda lain...ertinya jangan menghukum kerana yang hak menghukum adalah Allah SWT. Kita selalu nya berkata bahawa makan itu atau minum ini akan memudaratkan diri...ini menjatuhkan hukuman nama nya....jangan makan daging kambing jika tak nak darah tinggi, daging tu tak salah pun , orang arab satu ekor kanbing empat orang yang makan, makan kebab tak adapun darah tinggi.....jadi yang menjatuhkan hukum tu kita, maka kita di hukum, dapat lah darah tinggi.....Jadi yang salah kita bukan daging kambing tu.....Ada di kalangan kita biasa nya orang melayu berkata...dapat Proton Saga jadilah...maka terhukum dia hanya dapat proton saga aje...tak dapat lah Mercedes....Dapat rumah teres jadilah...maka dapat rumah teres tak dapat Banglo....Alah..aku miskin, maka jangan harap jadi kaya, kerna kita telah hukum diri...MAKA JANGAN LAH HUKUM DIRI...itu bukan kerja kita....menghukum adalah kerja Kholiqul Alam...kita minta yang terbaik untuk kehidupan kita Dunia dan Akhirat....maka firman nya yang bermaksud, minta lah pada ku, nescaya aku perkenankan pinta mu itu....Jangan hukum minta murahkan Rezki....minta melimpah ruah kan Rezki ku...Kamu dapat apa yang kamu minta...maka sekali lagi, Tahu nilai matawang baru kepasar membeli...tidak nanti kita yang rugi.....


Begitu juga Nabi SAW bersabda, (mungkin tu di bolehkan lelaki kawin sampai 4).... Perbanyakan lah umat ku (sabda Baginda), Perancang keluarga pulak di gembar gemburkan…Tak percaya kan bahawa setiap yang lahir membawa rezki nya tersendiri....Isteri boleh minta cerai dan banyak lagi, zaman Nenek Moyang kita dulu kalau seorang wanita itu janda mati suami, maka dia janda dalam nisab, ya itu janda yang berhak menerima zakat, Fitrah dan bantuan tetapi wajib pula dipercepatkan bernikah kembali...gara-gara fitnah nanti…tapi jika wanita itu jadi janda kerana minta cerai dan di ceraikan, dia serta keluarga nya akan berasa malu, sebab dia tahu dia yang bersalah di sisi Tuhan wajibal wujud kerana telah ingkar serta tidak menjalankan kewajipan sebagai isteri solehah sewaktu mempersetujui perjanjian bernikah dahulu yaitu sama senang sama senang, susah sama susah, setia semasa sihat mahu pun sakit dan berkekalan hingga ke akhir hayat kecuali maut yang memisahkan...(Semua Agama Kepercayaan berikrar begitu). Itu sebab nya para wanita dahulu taat, akur seperti yang disuruh sewaktu jurunikah membaca di khubah nikah, sebelum nikah, jurunikah akan bertanyakan persetujuan pada pengantin perempuan dan jika setuju, pengantin perempuan akan turun tandatangan tanda setuju, itu kan ikrar atau sumpah ikatan menjadi  isteri (Berjanji taat, Akur, Bertanggung Jawap, susah sama susah, senang sama senang)….kalau kena cerai dek suami mereka, akan teramat malu dek sebab gagal jadi seorang isteri…walau sejahat mana pun suami mereka, mereka tetap taat. Tapi sekarang makin janda makin glamour lak…dan di gelar ibu tunggal sekarang ini mengelak status dengan panggilan janda kot…sejahat mana atau sebaik mana pun suami itu dia lah pemegang kunci Syurga pada isteri nya, jika ada orang ketiga pun tidak salah saya rasa kerana di BOLEH kan Lelaki beristeri lebih dari satu. Jika si Isteri tahu jaga suami saya rasa tidak akan ada orang ketiga.... Tahu kah anda jika seorang isteri itu minta cerai akan di cop AHLI NERAKA? oleh malaikat....


 Nak nikah sekarang, WAJIB ambil kursus dulu kalau tak ada sijil kursus, tak boleh nikah, maka rukun nikah di tambah satu dari asal nya, kan dah bermurafah pada sang pencipta, seolah olah mendahului ketetapan azali tuhan. Iklan suruh kita bersembahyang bukan nya Solat, erti sembah adalah menyembah sesuatu atau menghormati orang…...Solat pula adalah beribadah, firman Kholiqul Alam bermaksud- " Beribadah lah pada ku ". bukan sembah aku.. di azan subuh pun berlaung AS SOLATUL KHAIRUN ….tak ada AS SEMBAHYANG TU pun….
Mengenai aurat wanita pula di nasihat tutup aurat, berbaju kurung dan bertudung kepala, dan Alhamdullillaah ramai dah berubah tapi, seperkara…..Semua nya Aurat bagi Wanita KECUALI muka dan tapak tanggan sahaja bukan Aurat bagi wanita, dan bagi lelaki pula Bawah Lutut dan atas pusat adalah Aurat lelaki. Di T.V , DJ wanita, Juruhebah wanita, Pengacara Wanita, dan Ustazah boleh menggunakan Suara mereka, perdebatan Uztazah pilihan dan Imam Muda…sampai keluar urat leher ustazah tu berbahas, Selebriti terkenal pakai tudung tersiar satu Dunia di You Tube, mengatakan dapat petunjuk dari Allah SWT (Jangan Sombong. Riak, Takbur dan Bongkak kerna ini adalah sifat Iblis dan Syaitan), kan pertunjuk dan apa juga perkhabaran dari Allah SWT itu Rahsia dan patut di Rahsiakan, contoh nya Artis terkenal pergi buat umrah dan dapat pertunjuk disitu...itu kan Rahsia dari Allah SWT, maka sebaik nya jangan di beritahu sesiapa pun kerana rahsia tu untuk dia sahaja, mungkin ada lagi hikmah nak diberi nya, tetapi bangga dan membocorkan Rahsia nya, kita bukan Nabi nak beri pentunjuk atau Tauladan kepada sesiapa, jadi sifat ini adalah sifat Iblis, yakni angkuh, bangga dan sebagai nya, mengapa di bocorkan Rahsia tersebut....maka pakai aje lah tudung tu... dan jika wanita memperlihatkan aurat nya, seolah dia berbogel/telanjang di kalayak ramai…....bukan kah SUARA Wanita itu Aurat ???...Renungkan lah seketika....



Pakaian bukan mengukur sesaorang itu berilmu lengkap dalam agama kerana pakaian adalah budaya, beserban, berkopiah, bersongkok, berjanggut atau bermisai adalah tradisi sesuatu kaum, jangan terlalu memandang pada pakaian atau penampilan sesaorang, ilmu di ukur dari percakapan mereka dan ajaran mereka bukan dari pakaian dan orang yang berilmu sahaja yang dapat membezakan nya, perpatah orang Inggeris berkata: DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER - Jangan berandaian dan hanya lihat pada kulit nya sahaja....semak semak lah bersama...

Mengenai BISMILLAH dan Sembayang juga…...Apa erti BISMILLAH HIR RAH MAN NIR RAHIM dan SEMBAH YANG atau SOLAH / SOLAT di pengertian yang sebenar….Perubatan mengikut syariat Islam dan sebagai nya…Cuba kita sama sama renungi….Sama tapi tak serupa….Dari Bahasa Arab dalam terjemahan ke bahasa Melayu dipakai sekarang adalah : Tiada Tuhan yang hak di sembah melainkan Allah atau terjemahan nya berbunyi: Tiada Tuhan melainkan Allah. .....agak nya mana yang betul ....ini di katakan Sama tapi tak serupa.....
Maka itu Orang tua-tua dulu kata pergi mengaji bukan pergi belajar baca.....mari kita renung sebentar...

Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Aku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan - No Pain, No Gain

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan......Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan......Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan......