Powered By Blogger

Monday, March 26

Pertolongan Tuhan








Iman itu pada Roh, Amal itu pada Hati, Islam itu pada jiwa, dan Eksan itu pada diri.


Kisah bermula di mana seorang petani yang sangat alim dan sentiasa mengikut ajaran Tuhan nya yang esa, tidak pernah tinggal ibadat dan beribadat. Beliau tinggal jauh di perdalaman mengusaha ladang tebu yang sangat subur. Beliau juga adalah seorang Dermawan dan Pemurah hati.

Pada satu hari berita Radio menyiarkan bahawa banjir besar akan berlaku tak berapa lama lagi di kawasan yang petani ini tinggal dan sekitar nya. Berita itu menasihatkan supaya penghuni di sekitar kawasan tersebut berpindah kerana banjir besar akan berlaku. Petani tadi tidak mahu pindah kerana kata nya beliau seorang yang taat pada Tuhan dan Tuhan pasti akan menyelamat kan nya, beliau berserah pada Tuhan dan beliau yakin Tuhan akan menyelamatkan nyawa nya. Sejam kemuddian sebuah kereta pertahanan awan tiba dan menasihatkan petani tadi supaya pindah kerana banjir besar akan tiba tak berapa jam lagi, petani itu berkata, Beliau berserah pada Tuhan kerana beliau seorang yang taat pada Tuhan dan pasti Tuhan akan menyebelahi nya dan menyelamatkan nya.

Tak berapa jam kemuddian banjir besar berlaku dan petani tadi naik kebumbung rumah nya dan berdoa supaya dia selamat. Tiba-tiba sebuah bot penyelamat tiba dan menyuruh petani tadi naik ke bot tetapi petani itu tetap tidak mahu naik kerana Tuhan akan menyelamatkan dia sebab beliau taat dan percaya Tuhan akan selamatkan dia. Bot pun beredar kerana arus banjir semakin kuat. Sambil bermunajat dan berdoa agar beliau di selamat Tuhan tiba-tiba sebuah Helikopter datang dan menyuruh petani tadi naik dengan menghulurkan tali, petani tadi tetap percaya bahawa Tuhan akan menyelamatkan nya dan oleh kerana petir yang menyabung kuat maka Helikopter tadi beredar dari situ.

Akhir nya nya petani tadi mati lemas oleh kerana banjir yang maha dasyat tadi. Apabila beliau berada di hadapan tuhan maka beliau tanya pada Tuhan mengapa Tuhan tak menyelamat kan nya pada hal beliau tak pernah menginkari segala ajaran dan sentiasa beribadat serta bertakwa pada Tuhan. Tuhan pun menjawap. Aku telah menyelamatkan kamu sebanyak 4 kali tetapi kamu tidak mahu di selamat kan maka tu kamu mati ni. Petani tadi menyoal lagi. Mana ada Tuhan selamat kan dia kerana telah mati sekarang, Tuhan berkata lagi, 1. Siaran radio, 2.Kereta pertahanan Awam, 3. Bot Penyelamat dan 4. Helikopter.

Adakah kamu mengharap aku manarik kamu ke langit?...Sebesar mana pun Ilmu dan Ibadat kamu kepada ku, ianya adalah hanya setitik air sahaja pada aku. Adakah segala ibadat kamu itu iklas atau mahukan ganjaran sahaja?....atau kamu mahu aku sendiri mengarahkan dan menyatakan pada kamu terus....sedangkan Rasul dan semua utusan ku pun aku menyampaikan melalui malaikat atau kepada musibah dan bala yang aku beri sebagai tanda dan ingatan. Tuhan tidak akan menjerit memberitahu kamu...


Ambil lah iktibar para sahabat ku...segala musibah atau halangan yang melanda dalam kehidupan kita adalah amaran dari Tuhan Maha Esa, atau tidak sesuai dengan kamu, mungkin ianya ada yang lebih baik dari itu, ada hikmah tersembunyi di sebalik setiap halangan atau nusibah itu, maka sentiasa bersyukur pada apa sahaja yang terjadi pada kita....

Mari lah kita renungan kan dan ambil iktibar melalui cerita diatas, mungkin cerita dogeng atau karut tapi kebenaran nya ternyata.....Allah Subha nawata'ala sentiasa membantu kita setiap saat walaupun kamu tidak menyedari nya.

Manusia sentiasa lupa pada Tuhan nya, tetapi tuhan tidak pernah lupakan Hamba nya. malahan setiap detik Tuhan sentiasa mengingati kita, cuma kita tidak pernah mahu mengambil perduli atau sahaja tidak mahu tahu....

Tiada tuhan melainkan Allah s.w.t...
Tiada tujuan melainkan al la hu..
Al la (yg tiada) hu..(adalah jibrael) dzikir akhir ke pintu langit, tiada nafas tubuh ketika ini... Hanya tarikan nafas yg akhir dan tiada pengakhirannya... Membawa kita ke suratulmuntaha... Tidak mampu untuk bepaling...lagi. Hanya beserah dan bermunajad kepadanya...
SENTIASA ZIKIRULLAH

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Juga Keadaan sekali Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.