Powered By Blogger

Tuesday, March 27

Nukilan & Renungan

mindakejayaan.com






Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka dia menyayangi mu.

Bila Allah Lambat makbulkan Doa mu, Maka Dia ingin Menguji MU.

Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.

Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...


Renung-runungkan lah...



NUKILAN ini hanya sekadar memberi Renungan dari pendapat saya sendiri dan dari nasihat para guru dari pengalaman selama penimbaan Ilmu dalam masa yang agak lama, selama hampir 28 tahun dalam bidang Mistik, Metafizik dan Minda (Neuro). Jadi ianya bukan untuk cabar mencabar atau minta berbahas mengenai nya, cuma untuk renungan bersama, jika ianya tak masuk akal atau tidak releven, maka lupakan sahaja dan jika ianya memberi pengajaran, maka buat lah tauladan dan panduan. Dari ketiga ketogari Ilmuan yang pernah saya tuntuti selama sekian lama, semua nya sependapat walaupun ianya di alirkan dalam bentuk tajuk yang berlainan. Salah satu yang utama nya adalah SUMPAH BERGURU. Ia itu, : JANGAN LAWAN IBU BAPA GURU dan RAJA. Dari ajaran yang saya terima dan juga dari logik nya pemikiran saya, makna nya serta maksud nya amat jelas....Keempat perkara itu jika di fikirkan adalah mengarah ke satu maksud: IBU, BAPA, GURU dan RAJA adalah GURU kita yang sebenar nya, pada . Sumpah ini juga adalah POSITIF atau memberi TENAGA POSITIF, dimana apa yang IBU kita katakan adalah POSITIF kepada kita, tujuan kebaikan, nasihat dan kata nya adalah panduan yang benar untuk kebaikan kita juga, jika di fikir serta di renungkan betul-betul pasti ada kebenaran nya. Tetapi...sifat manusia adalah berlawanan. Dia pasti membantah dalam hati walaupun apa yang di suruh dia buat, cuma mahu ambil hati, tak iklas...buat kerana hanya ingin dilihat seperti tak melawan atau tak mahu title DERHAKA sahaja...iklas tak ada...ada juga yang buat kerana 'ada udang sebalik batu....' biasa lah..ini tidak hairan kerana manusia selalu nya ikut nafsu...Cuba kita lawan ajaran Ibu kita, dia ajar kita berjalan kehadapan, kita lawan, kita jalan undur...bagaimana?, Orang cina di ajar oleh ibu mereka menggunakan Kayu "CHOPSTICK", suruh mereka makan dengan tangan...bagaimana?...renungkan lah...

Begitu juga dengan menuntut ilmu...sesaorang yang menuntut sesuatu ilmu dari seorang guru akan mengikut kata guru nya, maka apa yang di buat akan mustajab kerana pada ketika itu dia tidak melawan kata guru nya. Itu yang dikata MAKBUL KATA GURU, MUSTAJAB PADA DIRI KU.....Guru dah makbul, dimana apa yang dia lakukan dah terjadi, jadi kita sebagai murid nya pasti mustajab jika MENGIKUT KATA GURU...Apa yang saya ingin perkatakan di sini...jika mahu belajar, cari lah guru yang berjalur, erti nya, guru tersebut mempunyai Guru nya dan gurunya mempunyai guru di atas nya hingga beberapa keturunan. BUKAN guru yang dapat ilmu dari membaca buku atau yang mendengar secara teori sahaja...kemuddian mula mengajar....pengijazahan adalah penting, seorang guru memberi ijazah pada anak murid nya...ertikata secara batin adalah...guru itu telah menerima kita masuk ke TOMBOL nya atau jalur nya...maka sekelian guru di atas nya mengenali kita sebagai jalur nya maka itu dinamakan RIJALUR GHAIB...DISINI sahaja ramai antara kita mula mempertikaikan maksud yang dinamakan RIJALUR GHAIB ini. Biar saya terangkan secara dasar mengenai RIJALUR GHAIB ini....Penerangan ini tak semesti nya benar atau betul, ini adalah pendapat saya dan pendapat Guru saya yang ada kebenaran nya pada pemikiran saya. Bak kata orang, Lain orang lain pendapat nya. Pada murid saya, saya tidak buat pengisian, tetapi pembukaan, maka di sini ada perbezaan nya antara pengisian dan pembukaan. Pengisian selalu nya di bentang sebagai pemasukan sesuatu, bagi pembukaan pula adalah membuka pintu jalur atau jalur tenaga dan akan di ekses mengikut jalur tenaga murni tertentu. Jadi kita arif dengan erti Pengisian dan pembukaan ini. Jika di buat pengisian, orang yang arif akan senang nampak pengisiaan tersebut, tetapi pembukaan pasti tidak nampak isi nya....maka sumpah luar nya adalah, Jangan takbur, riak, sombong dan bongkak. setengah murid sering bertanya kepada saya, mengapa orang yang handal atau yang arif tidak tahu dan nampak bahawa mereka ini ada ilmu....jadi jawapan saya pada mereka...nak tunjuk kepada siapa yang kita ni ada ilmu dan sebagai nya, bukan kah itu kita nak tunjuk riak dan sebagai nya? , saya syorkan supaya buat renungan sebentar...

Secara am nya boleh di pecahkan seperti berikut: Kita yang hidup ini ZAHIR, erti nya Ujud atau nampak fizikal nya. Maka kita belajar pada yang zahir iaitu guru zahir, guru akan mengajar kita cara yang zahir seperti ritual tertentu, ayat tertentu atau cara tertentu...diatas guru mesti ada guru yang sudah kembali ke Rahmatullah....guru-guru ini lah yang dinamakan GURU RIJALUR GHAIB....sudah tiada pada penglihatan zahir, yang sudah meninggal...Apabila Guru Zahir mengijazahkan sesuatu ilmu kepada kita, maka ia memperkenalkan kita kepada jalur nya...serta secara otomatik memberi kita User ID dan Password untuk mengekses kepada keilmuan yang kita pelajari dari dia, kita pun menggunakan apa yang di ajarkan dan pasti jadi atau makbul kerana kita menggunakan user ID dan Pasword yang betul, Dari segi batin, maka para guru Rijaul ghaib pun datang menolong mengajar secara ghaib. ..seperti mana jika kita mengikut sunnah dan ajaran Rasullullah, maka kita dapat hidayah dan manafaat nya....Jadi dari guru kita dapatkan yang Positif...maka tenaga positif akan menyelubungi kita..maka itu apa yang guru boleh buat maka kita pun boleh lakukan....Juga Guru Ibarat pemancar atau Antena...lagi dekat dengan pemancar, lagi jelas penerimaan nya, kalau makin jauh....kurang sangat lah penerimaan nya....renungi lah seketika.....

UJIAN

Dalam mempelajari apa - apa ilmu seakali pun, walau pun ilmu akademik mahupun Ilmu Tradisi dan kebatinan adalah sama konsep nya...Mesti melalui ujian tertentu atau peperiksaan...kadangkala ujian nya kita tempohi dengan mudah (Jika kata guru kita ikut) dan adakala nya lama dan sangat menyusahkan (Dek sebab terlalu detail/Analitik kita memikirkan atau unsur tidak percaya timbul dalam hati terhadap ajaran guru tadi atau berada jauh dari Guru)...PASTI ada ujian...sewaktu kita sekolah pun, mesti kita tempuhi ujian baru dapat sijil, di penuntutan ilmu, biasa nya tempoh matang ilmu adalah sampai tiga tahun sama seperti di universiti, maka dalam tempuh tersebut kita PASTI menempuh ujian demi ujian. Contoh nya kita kena deman panas...diujian ini lah baru kita tahu macamana rasa nya deman panas itu dan dari orang tertentu yang datang mengubati kita ketika itu, rasakan dan cara pengubatan pun akan diajar kepada kita melalui ghaib atau melalui naluri dan mungkin dari pengubat ketika itu, atau kita dapat ilham bagaimana kita boleh mengatasi nya atau dari petujuk orang lain. Tetapi........Biasa nya kita akan mengeluh dan berpresapsi macam macam...kita melawan dalam hati, kenapa lah aku di buat begini, kata dah belajar tapi kena juga dan macam macam lagi andaian...maka ujian kita GAGAL...dan ujian lain pun tiba...kalau nak kaya ...ujian nya mesti kita sampai tak ada duit sesen pun dalam poket atau perniagaan kita merosot, mungkin sampai bankrap dan sebagai nya...baru lah di anugerahkan wang yang banyak jika kita tempuhi saat ujian nya dengan tabah...jika kita mengeluh, memang lah bertambah susah...kerana ujian di lanjutkan sehingga kita benar-benar sabar dan tabah...kata perpatah Inggeris : "NO PAIN NO GAIN"...TAK ADA SUSAH MANA NAK SENANG.....?????, Sabar dalam ertikata sebenar nya, tidak merunggut, menyalahkan sesiapa, redho...dimasa tempuh ujian ini lah kita diuji pada keyakinan, percaya diri dan sebagai nya. Malang nya, banyak yang menyalahkan guru yang mengajar, mula sikap tidak percaya timbul dan macam - macam lagi...tujuan...untuk menyenangkan hati sendiri, (INGAT!, tiada siapa yang betul melainkan TUHAN)...... (Ikut pengajaran atau pelajaran yang di ajar oleh guru, bukan ikut perangai peribadi nya)....Dia aje yang betul ditambahi lagi dari asutan dari luar....terus membuatkan diri nya makin tebal menyalahi guu nya. Ini sering terjadi kerana kita sering bertanyakan pada tempat yang salah, kita tanya pada rakan seperguruan kita, dia sebenar nya pun tak tahu, kerana dia pun masih dalam belajar...mengapa tak tanya terus pada Guru?, dek iri hati nya pada anda yang mungkin pada pendapat nya Guru lebih mengutama kan atau (double standard) anda dari dia atau melihat anda berjaya dari dia...atau guru lebih menyuruh dia dari anda...maka iblis mula lah main kan jarum nya ....dan anda terjebak dalam usaha nya....

Ini telah terjadi pada saya di mana salah seorng anak murid saya telah di uji. Beliau dengan iklas membantu saya dalam satu perkara dan bila menempuh kehidupan harian nya, dia semakin susah dan menghadapi pelbagai halangan dan Rintangan....maka nafsu nya mengatasi kewarasn nya dan mula mengatakan yang sepatut nya ia tak perlu katakan pada saya kerana dia adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan telah banyak menuntut sebelum ini. Pada mula nya dia mengaku saya Guru nya dan tak perduli apa orang lain kata, tetapi...kerana desak atas ujian yang dia lalui dia telah mengatakan saya menipu nya dan sebagai nya yang tak sepatut nya keluar dari fikiran waras nya...mengkeji saya dan suruh saya ukur badan sendiri...Ingat!...ujian ini tidak mengira siapa dan bila waktu sahaja akan di jalani walaupun anda seorang Guru atau Mahaguru sekali pun....ujian tetap anda tempuhi dari masa ke semasa...dan apa yang dilakukan oleh beliau itu sangat menyedihkan hati...maka pendapat saya...patut lah di menghadapi bermacam maslah, dari tempat kerja dan dari keluarga nya, kerana setiap ujian di terima semua nya gagal, maka dia terus menerima sekian macam ujian...dia mengatakan dia betul dan benar, orang dengki kepada dia dan bermacam alasan dia berikan...tetapi setelah saya sendiri di kenakan maka saya tahu bahawa dia akan terus menerima sekian macam ujian lagi seterus nya sehingga bila-bila pun selagi dia sedar bahawa apa yang dia tempuhi ini semua nya dugaan dan ujian...menjatuh kan orang lain bererti anda meminta diri anda sendiri di jatuh kan, maka RENUNGKAN LAH...bersama....

INGAT!...Nagetif sentiasa menunggu untuk masuk menggoda....

Sifat manusia adalah susah menghadapi ujian ini, maka, anasir luar akan mula mengoda, susah lah, ilmu tak betul lah, ajaran sesat lah dan sebagai nya...ajaran mana yang sesat dan betul...kalau dia senang ajaran nya betul kot, jika dia susah dalam menghadapi ujian, ajaran tu sesat kot...maka ujian kita gagal...jika kita ikut godaan anasir nagetif ini?...maka gagal lah kita di persada Positif dan masuk kita ke gulungan Negetif....INGAT!...cara dan kaedah nya dari anasir negatif ini adalah sama, malah yang Nagetif memberi kita lebih lebih power lagi kerana mahu mengoda kita agar mengikut ajaran nya...semua nya merasakan sama... malahan yang Negatif lebih efektif lagi...tujuan nya....agar kita ikut jalur nya..tenaga sahaja dapat membezakan nya. Jika anda seorang yang arif mengenai tenaga, anda dapat merasa perbezaan nya. Ramai yang berpendapat kalau rasa getaran kasar makna nya Tenaga kita kuat dan Kalau rasa halus Tenaga Tak Kuat, sebenar nya...kalau rasa Tenaga atau strom tu kuat, ianya adalah tenaga nagetif dan yang halus tu tenaga Positif......jika sesaorang itu faham dan mengkajinya secara terperinci...ada di ajar dalam ilmu Bima Shakti.

Saya sering sarankan pada student saya supaya SABAR menempuhi ujian-ujian ini, Sabar adalah separuh daripada iman, dengan bersabar sahaja kita sudah lulus, saya pun sendiri tak tahu apa kah bentuk ujian yang akan di terima, sama lah seperti di peperiksaan PMR atau lain-lain peperiksaan, guru sekolah itu pun tak tahu apa soalan nya yang akan di soal....

Ilmu Sabar adalah Ilmu segala Ilmu....Ianya bak Gunung Berapi...sekian lama ia bersabar sehingga apabila ia nya meledak...satu daerah atau negeri hancur...begitu lah dengan Ilmu...tampak guru tu macam lemah dan seorang...itu pada zahir nya...tapi pada hakikat yang sebenar nya, ramai di belakang nya...yaitu rijalur ghaib nya (Tombol Nya).

Lawan guru: Sememang nya anak murid akan lebih bagus dari guru nya, tapi ingat..sebagus dan "sepower" mana pun kita, asal tapak nya dari guru itu juga...kalau dia tak ajar, kita apa pun tak tahu...dan yang selalu amat cuai perbuatan anak murid adalah tidak BERHALUS...ertikata tak minta izin dari guru jika mahu berlajar di tempat lain, mahu buka pusat perubatan atau mahu mengadakan klass sendiri dan sebagai nya. kerana keizinan nya amat penting dari segi prosedur adap kebatinan / spiritual...seperti yang telah saya terangkan di atas tadi..guru itu berjalur...apabila kita membelakangi guru zahir ini bermakna kita membelakangi guru-guru rijalur ghaib atau keluar dari tombol nya...apabila yang positif undur maka yang NAGETIF akan kedepan, kerana sifat nya sentiasa tunggu ruang mahu mengoda kita ke jalan Negatif juga seperti janji nya kepada Tuhan ketika di laknatkan dulu, dengan apa cara sekali pun, ia tetap mahu menyesatkan anak Adam..... Tenaga Nagetif mengambil alih dan cara nya pada permulaan adalah sama dan pada akhir nya...TERPESONG, kita merasakan kita lebih baik dan lebih bagus, tapi tahu tak yang menolong kita tu siapa, sekarang ia menolong, nanti kemuddian hari?.... bila orang tahu yang dia menggunakan Tenaga yang Nagetif maka sang guru juga akan di persalahkan, Guru ajar ilmu salah.....SEDAR kah dia bahawa dia telah membelakangi guru nya? Renung kan lah..sendiri. Walau pun kadang kala Guru menyuruh buat perkara yang tak masuk akal, tapi tahu kah kita bahawa yang di suruh nya mempunyai hikmah tertentu...contoh nya: Apabila sesarang ingin mempelajari Keilmuan Sufi...sebelum ianya di terima masuk belajar, dia di suruh berbogel ramai-ramai beserta dengan pelajar wanita?...sebab apa?...ujian pertama nya adalah TAHAN NAFSU...di peringkat pengajian kesufian ini, menahan Nafsu adalah amat penting, jika nafsu tak boleh di tahan, macam mana dengan godaan iblis dan lain-lain nya (Tenaga Negatif). Ilmu sufi adalah Ilmu Rahsia Ketuhanan, Ilmu Kesabaran dan peringkat tertinggi keilmuan. Nafsu adalah sebenar nya musuh yang amat merosak kan...
Kita mungkin tidak perasan atau alpa dalam perkara ini sebab keghairahan kita dalam penggunaan ilmu yang di ajar semata-mata mencari wang dan untuk kepuasan diri sahaja serta keghairahan di puja dan di puji. Niat, pransangka dan melawan walaupun dalam hati akan membibitkan bibit penghalang dalam diri kita. Disini mula lah kita ego, dan sebagai nya yang nagetif. Perasan kah anda, jika mahu mula mempelajari sesuatu ilmu anda akan di bersihkan terlebih dahulu...kerana apa?...kerana di bersihkan bibit penghalang ini tadi dan telah bersih baru di isi dengan ilmu yang baru. Sememang nya kita tak rasakan yang kita ini melawan atau telah mengikut aliran Nagetif.....tapi satu hari anda akan tahu juga dan mula malu menghadapi keyataan...pesan Guru saya, kalau sesat, pulanglah kepangkal jalan...ini lah yang susah sangat manusia mahu lakukan...
Tahukah anda, bahawa guru tu ibarat pemancar, maka kalau kita dekat dengan pemancar, penerimaan signal kuat, jika...kita jauh dari pemancar...??????, renungkan seketika.
Seperti DOSA, kalau zina tu dosa besar, sebab besar mana dosa tu agak nya tak nampak, maka ramai yang buat... asutan dari anasir nagetif akan mengasak supaya buat lagi, Nafsu mula menjadi imam...."TAK ADA APA PUN TERJADI...BUAT AJE, KAN SERONOK..."atau " ORANG LAIN BUAT TAK KENA APA PUN" agak nya kalau nampak besar dosa tu, baru orang tak buat kot...sebab dosa tu tak nampak...maka kita buat sesuka hati buat dosa. Ramai tidak perasan bahawa mereka telah mengikut aliran Nagetif, kerana bertanya atau minta pendapat pada tempat yang salah, seperti rakan seperguruan atau orang lain yang tidak mempelajari ilmu yang anda sedang pelajari. Contoh, kalau anda tanyakan ilmu kebatinan pada orang ilmu Fekah, pasti dia tidak dapat menjawap nya, kalau tanya pada teman seperguruan pun pasti dia tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat kerana dia pun masih dalam mempelajari sama seperti anda, mengapa tak bincang dan tanyakan terus pada GURU....diatas dasar ini ramai yang berpresapsi yang bukan-bukan mengenai kesahihan ilmu yang di pelajari nya, mula berkomlot dan sebagai nya... apa tah lagi yang Nagetif mula campur tangan. Berdecit, berpresapsi, salah anggap dan ikut kata orang lain lah yang selalu nya membawa kita ke aliran yang Nagetif...INGAT!, Yang Nagetif sentiasa tunggu ruang untuk memasukan kemungkaran...berhati-hati lah....

Jangan Takut, rezki sememang nya ada pada dimana-mana, hak rezki anda sentiasa sama di beri oleh yang maha berkuasa. cuma cara pemberian nya aje yang berbeza, Jadi bersaing lah secara Positif dan sihat, adalah lebih baik bergabung...kata perpatah melayu, sepakat bermuafakat membawa berkat....secara sihat...insaallah anda di rahmati nya sentiasa. Jangan pijak memijak, dengki mendengki, tuduh menuduh...kita juga yang rugi...Percaya pada naluri diri...ini nasihat saya...naluri anda sentiasa menjaga anda, jangan ikut nafsu...Tuhan beri kita Akal dan fikiran, gunakan lah secara bijaksana. Orang suka lihat kita susah dari kita senang....maka, ikut naluri bukan nafsu.
Balasan Tuhan: Ini pun sering salah faham timbul. Tuhan tidak membalas, maaf, ini pendapat saya, sebab Hasma Al husna nya mengatakan Tuhan yang maha pemaaf, Maha menyayangi..Maka tuhan tidak membalas walaupun seringkali kita kata, nanti tuhan akan balas...yang membalas adalah KARMA...jadi apa itu KARMA?.
KARMA adalah undang-undang yang telah ditetapkan sejak azali lagi, sebelum manusia di cipta lagi, sebelum bumi ini ada lagi...Yaitu: BUAT BAIK BALAS BAIK, BUAT JAHAT BALAS JAHAT. KITA TIDAK BERKIRA, MAKA IA TAK BERKIRA, JIKA KITA BERKIRA, MAKA IA BERKIRA....
KARMA adalah undang-undang yang telah di tetapkan...Renung kan lah.....maka itu tuhan jadikan semua nya ada lawan...Bukit lawan nya dataran, miskin lawan nya kaya dan seterus nya...cuba kita renung kan bersama.....GUNA KAN AKAL DAN FIKIRAN ANDA....BUKAN NAFSU...
Nasihat saya, ikut ajaran dan pelajaran yang guru ajarkan bukan ikut perangai nya. Hal peribadi guru juga adalah sebagai amanah kepada murid nya, perlu di jaga ....maka simpan lah dengan betul...."AMANAH!"...sama-sama lah kita renungkan...
SIMBOLIK
Guru akan kadangkala menyuruh anak murid nya buat sesuatu yang luarbiasa, kerana jika ingin menjadi orang luarbiasa perbuatan pun kena luarbiasa, ini dinamakan simbolik dimana kadang-kadang luar dari dugaan kita...umpama nya, buat perahu dan letak kan sesuatu di tengah perahu itu dan membuat nya mesti lah di sungai atau taliair di mana tiada siapa yang melalui nya...maksud nya di tempat yang sunyi dan tiada manusia akan melalui tempat itu...mengapa....????, ada kala di suruh kita beremdam dalam sungai yang dingin dari 12 malam hingga ke subuh...mengapa...??? tentu nya ia adalah simbolik kepada sesuatu pekara...lebih nyata adalah...mengapa kita pusing kaabah 7 kali?????, mengapa arah lawan jam, mengapa memakai kain putih dan sebagai nya, mengapa baling jumrah...mengapa pulak batu yang kita baling dan seumpamanya...mengapa???...ia adalah sebagai simbolik sahaja...jadi guru akan menyuruh kita berbuat simbolik itu sampai kadang nya tak masuk akal....jadi ianya hanya simbolik pada sesuatu.....Renung kan lah....
Menggunakan Jin
Perkataan ini selalu nya akan di sebut pabila sesorang pengubat dapat mengubati sesuatu penyakit Misteri....Biasa nya si pesakit akan mengucapkan Terima Kasih dan sebagai nya kerana dia sembuh dari penyakit yang dia hadapi...tetapi yang membawa atau pengubat alternatif lain akan berandai bermacam-macam...DIA PAKAI JIN TU....atau DIA PAKAI DATUK...ADA SIMPAN ITU LAH DAN INILAH...
Perapsi begini lah yang akan sering anda dengar, walau dimana pun...penuduhan membela Jin dan sebagai nya akan timbul...JADI!...sebelum penyakit nya dapat di tawarkan oleh seorang pengamal alternatif, si pesakit akan berusaha ke sana dan kemari, jumpa sami buddha lah, jumpa Tok Batin lah dan sebagai nya...bila penyakit nya dapat di sembuhkan, mula lah berandaian...Bomoh tu ada bela ini lah, ada bela itu lah...dan sebagai nya...Biasa nya si pesakit tak berkata apa cuma senyum dan lega penyakit nya dapat di sembuhkan, yang membawa atau rakan yang mengikut nya mula berandaian...ini lah orang Nusantara...sikap ini lah yang selalu nya menjadi sesaorang Pengamal Alternatif itu di tomah dan di fitnahkan...ini kisah benar dimana Guru saya sendiri telah di Fitnah dan di tomahi...dimana anak murid nya sendiri telah dapat sakit sahingga tak dapat berjalan, seluruh tubuh nya tak dapat bergerak, jika di usik bahagian mana pun tubuh nya, dia akan merasa sakit...dia telah berusaha pergi berubat hampir ke seluruh Malaysia, Bomoh, dukun, Doktor habis di cubai nya namun gagal memulihkan penyakit nya dan akhir nya dia berjumpa Guru dan mengadu hal penyakit nya...Guru berkata pada dia bahawa ini adalah sebahagian dari ujian yang dia terima...dia kata pada guru, "saya belajar tapi mengapa tak dapat ubati diri nya sendiri". Guru hanya menjawap " Doktor kalau sakit pun jumpa Doktor lain juga"......Guru pun mengubati nya sambil menyuruh dia teliti sekali bagaimana Guru mengubati nya, dan penyakit nya pun sembuh serta merta....dia berkata pada saya, Guru yang buat kot....astagfirullah al azim.....Bagi pendapat saya, Penyakit yang dia hadapi itu sebagai ujian mungkin betul kata guru tu...yang dapat saya pelajari pada hari itu bahawa dia mendapat penyakit itu adal Hikmah nya...kerana kalau dia tak kena penyakit itu mungkin guru tak ajar cara mengubati nya...saya tanya pada dia mengapa lak guru yang buat....dia kata, semua orang tak boleh sembuhkan aku tiba-tiba Guru ubat terus serta merta baik, guru tahu aku sakit, mengapa dia tak ubat sehingga aku mengadu baru dia ubat....mesti lah dia yang buat aku.... ok lah, mari kita renung bersama dari hari pertama dia kena sakit, dia kesana kesini mencari orang yang boleh mengubati nya sehingga lah akhir nya dia berjumpa dengan Guru sebab sudah hampir seMalaysia mencari tak jumpa....apa kah benar guru yang buat dia atau ada sesuatu hikmah di sebalik nya....renungi sejenak.....anda tentu tahu jawapan nya...
Satu Contoh yang nyata adalah pada diri saya sendiri pada tahun 2007, satu minggu nak puasa dimana saya di sahkan kena penyakit 'Jondes', iaitu batu dalam hati...semua tubuh saya termasuk muka dan mata menjadi kuning semua nya. Saya serta merta menjadi kurus dan selalu letih, tak ada selera nak makan kerana setiap kali saya makan perut saya perit dan pedih. Najis saya putih dan paling fobia sekali sewaktu nak buang air kecil, kuning seperti nanah dan panas....yang paling seksa ialah saya tak boleh tidur dan seluruh tubuh saya amat gatal sekali.
Saya buat pemeriksaan di sabuah klinik di Taman Danau desa dan hasil pemeriksaan di sahkan saya kena "Jondes", Kelestrol 27, dan Kencing manis 27...wow ...boleh maut tu..., saya di beri surat untuk membuat rawatan susulan di Hospital Pakar Serdang. Saya kesana dengan anak perempuan saya kedua, sewaktu di kaunter, saya di minta surat pengesahan dari Dokter merawat .....malang nya saya tertinggal di Pejabat...tanpa surat mereka tak boleh terima saya dan saya pun pulang .... Tiga hari selepas tu saya diberitahu oleh salah seorang peserta kursus Psychic bahawa di Kampong Bukit Peguh, Telok Mas, Melaka ada seorang Ustaz boleh buat bedah Ghaib, maka keesukan hari nya kami ke Melaka dan tiba jam 12 tengah hari...ramai yang telah ada di situ dan pendaftaran kami no 40...saya tanya petugas di situ kira-kira jam berapa baru giliran saya dan dia kata lebih kurang 4 petang...kami pun tunggu dan jam 2 petang Ustaz pun mulakan tugas nya...Nak tergelak pun ada, rasa lucu juga melihat cara Ustaz ini mengubat, seperti seorang Dokter Bedah..injection, bedah....sempat juga saya melawak dengan teman yang membawa saya, dia tukar jantung recond ke, kebetulan ada pesakit nya tukar jantung...kerana kata orang, manusia mana ada spare part, Apabila tiba giliran saya, maka saya pun baring di katil no 40...Bila Ustaz tersebut merawat saya, dia kata saya kena tukar Pengkerias dan hati baru....saya kata OK LAH...di pun inject kaki saya , peha saya dan seperti meletakan topeng oksijen pada hidung saya dan beberapa saat kemuddian dia seperti membedah dada saya persis seperti Dokter bedah, memasuk kan DRIP dan darah...sambil dia merawat saya dia bercerita mengenai tempat nya itu, Hospital organ kata nya...semua organ dalaman boleh di tukar, jika kereta dan barang lain ada spare part, mengapa manusia tak ada, kan manusia khalifah....dan terus bercerita dan tahu-tahu saya di kejutkan lebih kurang jam 6 petang oleh teman saya dan tiada orang di situ hanya kami berlima sahaja dan kawan saya kata, semua dah balik, lepas Magrib buka balik...kami pun pulang dan setiap dua hari saya ke sana dan pada 15 puasa ....Alhamdullillah saya sihat walafiat, badan kembali berisi, muka kembali merah, saya menukar hampir kesemua organ termasuk tulang belakang....alhamdul lil llah, syukur..sehingga sekarang setiap Isnin saya ke sana sambil belajar dan berubat lagi....jika mengikut kata Dokter perubatan, saya sekurang-kurang tiga bulan baru sihat...tapi 17 hari dah sembuh...macam mimpi lak...semua yang tahu saya kena sakit terkejut dengan kecepatan sembuh nya saya...pada hari yang ke 18 saya bertanya dengan Ustaz, boleh saya pelajari tak kerana saya sememang nya pencari Ilmu Metafizik...dia bersetuju mengajar saya dan selama 44 hari saya kena buat ritual yang di ajarkan nya......Dan sekarang ini saya membuat rawatan di 20, Jalan Zamrud 5. Taman Sri Nanding, Hulu Langat, 43100, Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA....Setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam...
Rumusan nya dari cerita ringkas diatas...adakah ianya cara tak sengaja saya tertinggal Surat Dokter itu dan pergi berubat dengan Ustaz rahim? atau ada Hikmah di sebalik musibah...Jika tak kerana saya sakit, maka saya tak dapat Ilmu Bedah Gahib ini.....Jadi mari kita renungkan bersama.....
Renungan bersama
Seringkali kita dengar perbuatan jatuh menjatuh ini di sana sini...ianya sangat lumrah dan akan terjadi pada sesiapa pun...itu lah KARMA nama nya...seperti yang telah diterangkan di atas..iblis dan sekutunya sedaya upaya akan menjebak kita ke jalan nya seperti janji nya pada Tuhan...maka serangan yang bertubi-tubi akan di lakukan setiap saat sehingga lah kita terpedaya oleh pujukan dan tipu daya nya...
Mungkin kita tak sedar bahawa satu ketika dalam hidup kita mempunyai niat yang tak baik kepada orang lain...maka niat itu berbalik kepada kita dan kita kata NASIB TAK BAIK...tapi sedar kah anda bahawa anda pernah mengkeji sesaorang dahulu?????...maka Karma membalik kan nya kepada kita....satu cerita dimana seorang Isteri telah bermain kayu tiga...pendek cerita berzina dengan orang lain di belakang Suami nya...terserempak dengan Suami pada kedua kali nya dan si isteri di ceraikan....maka si Isteri ni pun bercerita bahawa bekas suami nya sangat zalim pada dia..ini semata-mata untuk memuaskan hati nya mengatakan dia tidak bersalah, walaupun pada hakikikat nya dia bersalah. dia sering di marahi dan tidak mendapat kasih sayang sepenuh nya...maka pemuda yang mendengar pun kesian dan membela nya...maka si Isteri tadi dapat kekasih baru dimana si lelaki tadi 100% percaya segala cerita si perempuan tadi....jadi untuk menenangkan fikiran si Isteri tadi, si isteri pergi mengerjakan umrah konon nya dan di mata masyarakat dia yang benar, di depan kabbah, dimana dia berdoa agar Tuhan memberikan nya Seorang suami seperti yang dia idamkan...pulang dari umrah, si isteri tadi berjumpa dengan seorang Suami orang di atas kapalterbang sewaktu pulang dari umrah...kebetulan mereka sudah memang mengenali satu sama lain dan si Perempuan itu tahu lelaki tadi adalah suami orang kerana mereka sekampung dahulu...si perempuan tadi menggoda lelaki tersebut dan mereka menjadi sepasang kekasih dan telah melakukan sumbang beberapa kali...
Mengapa terjadi begitu...setelah di siasat secara lahiriah...ternyata bahawa si perempuan tadi adalah wanita kuat nafsu berahi nya...memang keras kepala dan sangat pandai berdrama...kata-kata nya sangat menjiwai sesiapa yang mendengar dan jika dia bercerita semua nya semacam dia belum pernah lakukan, jika di kaji secara logik, katanya bekas suami nya garang, tak menyayangi nya...semua nya dusta, kerana bekas suami nya telah berkahwin lain dan mereka hidup bahagia dengan seorang cahaya mata...jika si suam itu garang, mengapa lak anak gadis nya selalu balik ke rumah bekas suami nya????, anak gadis tersebut sangat sayang pada ayah nya...ada yang tak kena bukan...sekarang si perempuan tadi sering bertukar pasangan dan pernah berkata...kalau lelaki boleh mengapa saya tak boleh...yang luarbiasa sekali adalah, si perempuan tu seorang guru mengaji...maka jika karma itu berbalik kepada si perempuan tadi...apatah pulak katanya...yang pasti dia akan kata dia di kenakan atau NASIB NYA.....cuba renungkan....atau karma itu berbalik pada anak dara atau cucu nya nanti atas perbuatan nya....adakah??????? atau siapa pulak mahu di salahkan atau memang takdir..... ini nasihat saya, pulang ke pangkal jalan....renungkan lah....ini bukan memburuk kan...tapi simpati, bukan pada si perempuan tadi...tapi simpati pada yang tak bersalah pulak menerima akibat nya.....saya telah beberapa kali jumpa dengan hakikat ini....insaf lah...JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK......
Rumasan nya, apa yang kita dapat balasan adalah dek perbuatan kita sendiri...YA, kerana hukum karma telah termaktub, Jika kita kuat atau tak menerima akibat nya, salah satu dari keturunan kita pula yang terkait, pasal tu saya tak kisah kalau saya pernah dan akan menerima balasan nya, sebab mungkin cara sengaja atau tidak saya pernah berniat tak baik pada sesaorang...saya redho....kerana itu perpatah orang tua-tua : " Kalau sesat jalan, balik lah ke pangkal jalan ". Kalau dah ketam jalan nya sengget, tak kan anak nya boleh jalan lurus......Mari lah kita renungkan.....

"Sesiapa yang suka menjatuhkan serta mempersendakan kebolehan orang lain itu mencerminkan kebodohan serta kebatilan diri nya sendiri. Sesaorang yang berilmu sifat nya adalah menerima bukan menolak atau menempelak kebolehan orang lain, kerana semua Ilmu itu adalah benar belaka jika sesaorang itu benar-benar mengkaji nya hingga ke akar umbi, BUKAN mengkeji, cuba lah di kaji.... Jatuh menjatuh kan sesama adalah sifat IBLIS...dan jalan ASAS perosak Masyarakat, Keturunan serta Bangsa nya sendiri".

Dari Meja : Dr. ZULKIFLI ALIAS






Minda Anda
Pernahkah anda terfikir untuk turbo-charge minda anda secara automatik, mudah dan Tenang? Pernahkah anda bayangkan untuk memiliki kemewahan, karisma, dapat belajar dengan mudah dan mempunyai personaliti yang menarik, kemewahan dalam hidup dan mendapatkan apa sahaja yang di idamkan dengan mudah?
Sekarang bayangkan bahawa anda sedang mengakses komputer super anda sendiri yang mana dengan nyata boleh mengubah sikap anda dari dalam dan luar, membawa kehidupan anda ke tahap yang maksima disemua bidang yang anda inginkan.
Subliminal CD kami dibuat khusus untuk anda yang mana orang lain TIDAK akan mendapat kesan sebagaimana yang anda dapat! Setiap CD juga diprogramkan secara khusus untuk sebagai alat bantuan untuk memudahkan anda mengubah semua sikap negatif didalam diri kepada jatidiri serta keyakinan yang padu. Segalanya berlaku dengan Mudah, Alami dan juga Ketenangan. Anda hanya perlu dengar CD tersebut, tanpa memerlukan sebarang konsentrasi.
Program Subliminal CD Kami - Salah satu ‘track’ yang direkod dalam tahap berbisik tanpa di dengari oleh telinga zahir yang mana anda boleh dengari setelah anda betul-betul masuk kedalam tahap ketenangan total. ‘Track’ berikutnya direkod dalam frekuensi ultrasonic atau brain wave. Track ini tidak akan terdengar sama sekali oleh telinga serta minda sedar anda, TETAPI dengan mudah diserap masuk oleh minda separa sedar anda. Track ultrasonic ini akan melangkaui proses pendengaran normal dan menembusi ‘saringan’ atau RAS minda logik anda dan seterusnya menanam saranan (ikut kemahuan anda) terus kedalam minda bawah sedar.