Powered By Blogger

Friday, August 17

Dekati dan Kenal Tuhan mu


Dekati lah dengan Kekasih mu-Allah SWT

Saya suka mengingati supaya kita semua sebagai mengaku penganut Agama Islam sentiasa berzikirul laah dan berkalimah Syahadah agar sentiasa mengingati nya dan sentiasa berada dalam keislaman, keberkatan dan rahmat nya, Insa Allah. 
Kalimah Syahadah adalah passport atau Identity mengatakan kita adalah golongan penganut Agama Islam. Kalimah Syahadah juga ada lah tanda nya kita penganut Islam. Sesiapa pun yang memeluk ke Agama Islam wajib berkalimah Syahadah, jika kita sentiasa berkalimah Syahadah bermakna kita adalah sentiasa dalam Islam, tetapi berapa kali kah kita berkalimah syahadah dalam sehari.....saya rasa cuma lima kali sahaja di waktu beribadah Solat, mandi junub tak akan dan sewaktu berakad nikah sahaja kita di suruh berkalimah syahadah. Itu pun di suruh.
    Satu peristiwa yang saya sendiri dengar dan berada di situ adalah sewaktu mewalikan pernikahan anak saya di Mesjid Sultan Mizan di Putrajaya dimana juru nikah menyuruh dua saksi berkalimah syahadah sebelum menjadi saksi kepada upacara akad nikah tersebut. Kata nya kita mungkin tidak berada dalam Islam sebelum ini. Jadi persoalan nya, kita tidak berada di dalam Islam selagi kita tak berkalimah syahadah, macamana nak kita kekalkan kalimah ini....Orang Tarikat tahu cara nya, jika anda orang tarikat anda pasti tahu cara nya cuma di tukar Zikirul laah kepada kalimah Syahadah. jika anda bukan orang tarikat maka anda boleh juga belajar dengan cara moden dengan menggunakan kaedah Hipnosadiri. Nampak mudah, tapi sebenar nya berat....Renungkan lah, Saya cuma boleh beri tip sahaja dimana anda sendiri Renungkan sedalam dalam nya dan cari lah Mursyik yang boleh menerangkan nya secara lebih mendalam. Cuba anda renungkan mengapa Kalimah tersebut ada dua kalimah dan di manakah dalam kalimah ini mengatakan bahawa anda di suruh menyembah dan di kalimah kedua ada terbukti pengakuan anda sebagai.....Renungkan lah.
Kedua, bahawa dengan shaih nya Allah swt berfirman yang bermaksud : "Jika engkau mengingati aku, nescaya aku mengingati mu ". dan " Ingatilah aku setiap detik, saat dan Waktu". Ini erti sebenar nya Solah,  Maka jangan hairan lah jika doa kita tak terkabul....maaf, saya cuma beri renungan sahaja....apakah ertikata sebenar nya firman tersebut...adakah anda sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta? Adakah anda sentiasa berada dan selalu bersama nya? Ingat perumpaman orang tua tua :
Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka dia menyayangi mu.Bila Allah Lambat makbulkan Doa mu, Maka Dia ingin Menguji MU.
Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.
Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...



Renungkan lah dan amati lah kata kata di atas, agar kita menempuh dengan benar ke jalan perjuangan menegak kan amat Allah swt. Amin!
Jaga mulut dan hati adalah gerbang ke arah kebenaran dan kemenangan kita dalam syariat Islam dan sentiasa mengingati nya dalam apa juga urusan, secara peribadi dan jangan bermurafakah dengan nya. Insa allah kita berada di jalan kebenaran, kemenangan dan sentiasa berada dalam jagaan nya... Insa Allah, Bersabib dengan firman nya bermaksud ; " Aku beri kamu akal dan fikiran, mengapa tidak kamu gunakan"......
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]
 
 
Benar Firman nya seperti di atas ini, kita ingatkan kita berada di jalan yang benar dengan bacaan ayat dari Al-Quran, lakukan sembahyang tapi bertujuan....maaf, jika saya bertanya, mengapa anda sembahyang, jika anda sembahyang sama lah seperti agama lain...menyembah. Sepatut nya kita beribadah Solat. Kita beribadat sebenarnya, bukan menyembah. Cuba renungkan alih bahasa dari Arab ke bahasa Melayu..."As Hadu alla il laa ha il lal laah". Apa terjemahan nya yang sebenar. Adakah- Aku naik saksi bahawa tiada yang ku sembah melain Allah atau - Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah...dimana perkataan menyembah atau sembah dalam AS HADU ALLA IL LA HA IL LAL LAAH. Maka sama lah kita renungkan....


Saya juga suka ingatkan bahawa Ketua Iblis dan Syaitan adalah Malaikat, masih ber-title-kan Malaikat. Ya itu malaikat Azazil. Iblis dan Syaitan ini juga di jadikan Yang maha Berkuasa Pemerintah seluruh alam, Mereka juga di berikan amanah oleh Yang Maha Esa, dan mereka menjalankan amanah itu supaya insan bernama Manusia tahu akan ketinggian darjat mereka. Jika mereka tidak ada, maka kita tak tahu di manakah darjat kita.....jika kita tidak menurut ajakan serta ikut kata mereka, maka kita berada di jalan kemenangan dan Darjat kita tinggi. Jika kita turut ajakan mereka maka kita ke pihak yang bathil, maka kita kalah dan Darjat kita Rendah di pandangan Allah SWT. Jadi bagaimana ni....

Ingat !!!, ayat, cara bacaan, penampilan dan perbuatan sama sahaja di antara yang bathil dan yang benar, sama tapi tak serupa, kita kena gunakan Akal dan Fikiran serta Kebijaksanaan kita meneliti yang mana benar dan bathil, cuba lihat kembali kepada firman nya di atas tadi "Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.."Cuba Renungkan... sejenak....  Kalah nya mereka adalah dengan Akal dan Fikiran kita sahaja......kerana  mereka tak boleh baca akal, Fikiran serta Naluri kita, sebab itu sesiapa yang tahu sentiasa akan berkata "IKUT NALURI KAMU......Bergitu juga dengan Allah SWT yang telah menyuruh kita berniat dalam segala Hal, kerana setelah dilaknatkan Syaitan dan Iblis ini maka Firmana Allah SWT bermaksud " Segala ibadah pada ku hendak lah di mulakan dengan NIAT ". Maka Niat itu erti nya berkata kata dalam hati, sebut dalam hati, maka Iblis, Syaitan dan Jin tak tahu apa yang kita lakukan....Jadi jika berdoa tu doa sahaja dalam hati, Allah Maha Mendengar....

Jika kita lihat pada program Mistik di kaca TV, dimana ahli pengubatan atau paranormal menyembuhkan mangsa rasukan Iblis konon nya dan mereka tahu hantu atau polong dan sebagai nya berada di dalam anggota mangsa. Mereka tahu Jin apa yang ada dalam tubuh mangsa...saya hairan juga. Setahu saya jika saya tak kenal anda, macamana saya tahu rupa anda....Bukan nak kutuk atau perbuatan itu salah tapi musykil juga. Mereka boleh berkumunikasi dengan Jin ini dan lebih hairan boleh mengislamkan Jin ini kerana setahu saya mereka tak sujud pada Nabi Adam dan pada zaman Nabi Musa pun mereka masih angkuh tidak mahu sujud ketika mereka meminta pada Nabi Musa supaya tanya pada Tuhan adakah jika mereka taubat akan di terima Allah SWT. Maka syarat terima Taubat adalah sujud di makam Nabi Adam A.S, Mereka dengan angkuh berkarta " sedang sewaktu hidup nya kami tak sujud inikan dah Wafat.....Angkuh kan, jadi macamana Ahli Paranormal itu boleh mengislamkan para Jin dan syaitan serta Iblis ini....dan mereka terpaksa bersilat untuk mengekuarkan rasukan pada mangsa tadi...memekik dan sebagai nya....cuba renungkan.....

Seperti saya kata tadi, cara, gaya, bacaan ayat dari Al-Quran serta perbuatan adalah sama, saling iras dan persis sama, cuma yang bijaksana sahaja tahu yang mana bathil dan yang mana benar. SAMA TAPI TAK SERUPA, Maka gunakan akal dan fikiran seperti firman yang bermaksud " aku beri kamu Akal dan Fikiran, mengapa tidak kamu gunakan". Jadi kita kena tahu erti dan faham sedalam nya baru dapat membezakan kan nya.....Ingat Tuhan kita Tuhan mereka juga, jadi jangan terpengaruh.....Syaidina Ali R.A pun pernah di tipu oleh Iblis ketika hendak membuat Ibadah Solat Jumaat, jika anda tahu ceritanya, Beliau di tipu dua kali jumaat oleh Iblis ketika berjalan mahu beribah solat Jumaat ke Masjid.... se orang Khalifah pun boleh di alih pandangan, apa lagi kita.....